web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Reruai Kementerian Jadi Pilihan Pengunjung, Dapat Maklumat Jelas Inisiatif Kerajaan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2024 11:14AM

Program MADANI Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor. Penutup akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA SELANGOR - Selain gerai yang menawarkan barangan pada harga murah, reruai pelbagai kementerian dan agensi turut menjadi pilihan orang ramai di Program MADANI Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor.

Tinjauan Bernama mendapati warga kerja kementerian terbabit tidak jemu melayan dan memberikan maklumat berhubung inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Perpaduan kepada orang ramai yang kebanyakannya datang ke program itu bersama keluarga.

Hadila Ibrahim, 39, berkata sebagai penjawat awam, beliau sendiri ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pelbagai usaha kerajaan untuk membantu rakyat.

"Sebelum ini suami pernah cuba untuk memohon sumbangan Rahmah tapi gagal, jadi hari ini dia datang dan tanya sendiri secara bersemuka dengan petugas di reruai Sumbangan Rahmah, Alhamdulillah mereka memberi penjelasan yang jelas.

"Setakat ini keluarga saya hanya memperolehi bantuan daripada kerajaan Selangor dan dengan adanya program sebegini saya sendiri boleh mengetahui apa bentuk sumbangan yang boleh dimohon," katanya.

Seorang pekerja swasta yang hanya mahu dikenali sebagai Fazlina, 47, berkata beliau mengambil kesempatan untuk bertanyakan tentang proses pengambilan anak angkat daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) iaitu agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masvarakat (KPWKM) 

"Alhamdulillah melalui ruang yang disediakan oleh kerajaan dalam program ini saya boleh bertanya terus kepada JKM langkah-langkah serta dokumen yang perlu disertakan sewaktu proses pengambilan anak angkat, dengan cara ini saya tidak perlu lagi ke pejabat kementerian untuk mengetahui maklumat lanjut.

"Selain itu, saya dan keluarga juga mendapat pendedahan yang jelas kewujudan kementerian dan agensi kerajaan kerana sering kali tertukar dengan beberapa agensi walhal setiap daripada mereka (kementerian) mempunyai skop tugasan yang berbeza," katanya.

Selain itu, usahawan Mazian Nawawai, 47, yang tinggal di Subang Jaya mengunjungi program berkenaan kerana secara kebetulan berada di kawasan sekitar atas urusan kerja.

"Apabila masuk ke kawasan Kuala Selangor ini saya nampak beberapa kain rentang dan iklan yang memaklumkan tentang Program MADANI Rakyat Zon Tengah ini, saya fikir kenapa tidak hadir skiranya sudah berada dekat... jadi saya datang dan mahu lihat apa aktiviti yang disediakan.

"Saya tertarik dengan aktiviti yang terdapat pada reruai KPWKM serta tidak melepaskan peluang untuk mendaftar sebagai sukarelawan yang terdapat dalam agensi itu kerana mana tahu, boleh membantu kawasan saya sekiranya berlaku banjir atau bencana lain," katanya. 

Program tiga hari sejak Jumaat bermula 9 pagi hingga 10 malam itu memberikan tumpuan kepada aktiviti berkaitan pertanian dan keterjaminan makanan, Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) serta kesejahteraan rakyat, selain pelbagai perkhidmatan disediakan agensi kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Selangor.

Majlis penutupan program akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini dan dijangka turut dihadiri kepimpinan tertinggi kerajaan Persekutuan dan negeri. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar