web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan P. Pinang Sedia Bantu Keluarga Anggota Bomba Lemas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2024 8:54AM

Mohd Izwan Illias. - gambar FB JBPM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedia membantu keluarga Mohd Izwan Illias, anggota bomba yang maut selepas terjatuh ke dalam Sungai Perai ketika menyelenggara enjin bot di Jeti Pangkalan Marin Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Mak Mandin, pada Khamis.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow, berkata pihaknya akan meneliti bentuk bantuan yang diperlukan dan akan membuat penyelerasan dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi tujuan itu.

“Saya akan minta setiausaha kerajaan negeri untuk buat penyelarasan dengan pihak bomba bagi menyampaikan bantuan awal kepada balu Allahyarham (Mohd Izwan), dan jika ada bantuan lain diperlukan kita boleh uruskan bersama," katanya. 

Bercakap kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gelugor di sini hari ini, beliau berkata, kerajaan negeri juga sedia menimbang untuk memberi sebuah rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) secara sewaan jika ada permintaan daripada bomba atau keluarga anggota terbabit.

Chow seterusnya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham di atas kejadian yang menimpa.

Dalam kejadian Khamis lepas, anggota Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth itu hilang selepas terjatuh ke dalam Sungai Perai ketika melakukan kerja-kerja penyelenggaraan enjin bot di jeti berkenaan, dan mayatnya ditemukan pasukan mencari dan menyelamat petang semalam kira-kira 20 meter dari lokasi kejadian. 

Allahyarham meninggalkan seorang balu Jamaliah Abd Majid, 42, dan lima anak berusia empat hingga 16 tahun. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad