web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu Spanco: SPRM Ambil Keterangan Bekas Menteri Kewangan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2024 3:32PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengambil keterangan seorang bekas Menteri Kewangan bagi membantu siasatan dakwaan rasuah bagi projek fleet kenderaan kerajaan Malaysia bernilai RM4.5 bilion.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, bekas Menteri Kewangan itu dipanggil bagi menjelaskan penganugerahan kontrak membekal dan menguruskan kenderaan kerajaan kepada Spanco Sdn Bhd (Spanco) sebuah syarikat tunggal yang memegang konsesi membekal dan menyelenggara kenderaan kerajaan.

"Kami akan panggil sesiapa sahaja termasuk bekas Perdana Menteri dan bekas Menteri yang terbabit dalam kuasa meluluskan projek berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Pegawai Integriti Bertauliah ke-10 di World Trade Centre yang dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Zuki Ali hari ini.

Azam berkata, bekas Menteri Kewangan yang dipanggil oleh SPRM itu telah berkhidmat dengan pentadbiran kerajaan pada 2020 hingga 2021.

Beliau berkata, siasatan membabitkan kes Spanco itu masih berjalan dan SPRM akan memanggil sesiapa sahaja bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan oleh pihaknya.

"Ramai saksi sudah dipanggil. Cuma bekas Perdana Menteri belum dipanggil. Saya serahkan kepada pegawai penyiasat bila (sekiranya ada keperluan) untuk panggil beliau (bekas Perdana Menteri)," katanya.

Terbaru, SPRM telah memanggil lebih 20 saksi, bagi membantu siasatan melibatkan kes terbabit pada 6 Februari lalu.

Ketika ditanya sama ada isu Spanco ini mempunyai agenda politik, Azam berkata, sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM beliau bertanggungjawab untuk melaksanakan tugasnya berdasarkan lunas undang-undang, aduan serta tohmahan yang diterima pihaknya.

"Buat masa ini, ia adalah tanggungjawab saya iaitu apa saja yang diberi (aduan) kepada kami, ia akan disiasat," kata Azam.

Pada Januari lalu, media melaporkan SPRM akan menyiasat penglibatan individu tertentu dalam kerajaan berhubung dakwaan rasuah perolehan membekal dan mengurus fleet kenderaan kerajaan Malaysia. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 21 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

2

Semasa 5 hari yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad