web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemandu Teksi Lepas, Bebas Tuduhan Perdagang Seorang Lelaki

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2024 1:05PM

- gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan seorang pemandu teksi wanita daripada pertuduhan memperdagangkan seorang lelaki bagi tujuan eksploitasi meminta sedekah, tiga tahun lepas.

Hakim Datin Surita Budin memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan, gagal menimbulkan kes prima facie terhadap Nurul Hidayah Md Nor, 32, di akhir kes pendakwaan.

"Oleh itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa dipanggil untuk membela diri.

‘Secara ringkas mahkamah mendapati pendakwaan telah gagal membuktikan mangsa seorang yang diperdagangkan dan dieksploitasikan bagi tujuan menyalahi undang-undang. 

"Dalam keterangan bersumpah, mangsa menyatakan, dia meminta sedekah di tempat awam atas kerelaannya sendiri tanpa paksaan tertuduh atau mana-mana pihak. Mangsa sendiri menjalankan aktiviti itu selepas keluar dari rumah keluarga kerana bapanya tidak mahu membantunya lagi," katanya.

Surita berkata, setiap kutipan derma itu juga dimanfaatkan sepenuhnya oleh lelaki berkenaan dan selepas laporan polis dibuat, lelaki itu masih menjalankan aktiviti meminta sedekah sekali gus menunjukkan aktiviti meminta sedekah tiada kaitan dengan tertuduh. 

Pada 8 April 2022, Nurul Hidayah mengaku tidak bersalah atas tuduhan memperdagangkan seorang lelaki berusia 27 tahun yang bukan seorang kanak-kanak, bagi maksud eksploitasi di bawah Seksyen 27(c) Akta Kesalahan Kecil 1955 dengan menyuruhnya meminta sedekah di tempat awam sedangkan dia mampu mempunyai mata pencarian lain.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sekitar Seremban dan Senawang antara Mei hingga 7 November 2021, mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang memperuntukkan penjara tidak lebih 20 tahun dan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Christhoper Enteri Mawan, manakala tertuduh diwakili peguam Haresh Mahadevan. 

Perbicaraan kes itu bermula 9 Januari 2023, dengan lapan saksi pendakwaan memberikan keterangan. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 13 minit yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad