web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Restoran, Hotel Bayar Ganti Rugi Kerana Tayang Kandungan Astro Tanpa Kebenaran

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2024 8:30AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Astro telah mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah restoran di sini dan sebuah hotel butik di Cameron Highlands setelah didapati menyiarkan kandungan Astro dicetak rompak kepada pelangganya di premis mereka tanpa kebenaran syarikat itu atau lesen.

Dalam kenyataan semalam, Astro merekodkan Perintah Persetujuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan pengusaha restoran dan hotel butik berkenaan masing-masing pada 17 dan 19 Januari lalu.

Menurut kenyataan itu, kedua-dua pemilik perniagaan itu bersetuju membayar ganti rugi masing-masing sebanyak RM55,000, menerbitkan permohonan maaf secara terbuka di media dan memberikan aku janji untuk berhenti daripada melanggar hak cipta Astro dalam apa cara sekalipun.

Selain itu, kedua-dua premis berkenaan juga bersetuju dengan langganan komersial Astro secara keseluruhan bernilai RM53,000. 

"Tuntutan sivil Astro terhadap dua entiti perniagaan tersebut adalah berdasarkan duluan dalam keputusan penting Mahkamah Tinggi bahawa adalah salah untuk premis komersial menayangkan kandungan Liga Perdana Inggeris daripada sumber yang tidak dibenarkan termasuk siaran Astro tanpa lesen komersial," menurut kenyataan itu.

Penayangan kandungan hak cipta Astro kepada orang ramai di premis perniagaan tanpa kebenaran adalah satu tindakan pelanggaran hak cipta menurut Seksyen 36 Akta Hak Cipta 1987. 

Dalam kes berasingan, Astro memaklumkan seorang individu didenda RM12,000, atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda oleh Mahkamah Sesyen Ampang di sini Jumaat lepas setelah mengaku bersalah menjual kotak TV dengan kandungan Astro tidak berlesen.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 30 Mac 2023 di sebuah kedai di Ampang, Selangor, apabila didapati memilki tiga kotak TV Android yang mana dua daripadanya telah dimuatkan dengan kandungan Astro yang tidak dibenarkan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Astro, Tai Kam Leong, dalam kenyataan sama, berkata, syarikat itu menghantar isyarat bahwa langkah tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak didapati bersalah melakukan kesalahan cetak rompak. 

Beliau berkata, Astro juga mengalu-alukan hasil positif ini daripada tindakan penguatkuasaan terhadap pihak entiti komersial dan individu yang menayangkan kandungan kepada pelanggan secara tidak sah.

"Cetak rompak amat menjejaskan keupayaan untuk terus melayani peminat kandungan Astro dan menghakis keupayaan kami untuk membuat pelaburan selanjutnya dalam kandungan premium untuk rakyat Malaysia," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar