web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kastam Rampas Air Zamzam Bernilai RM1.26 Juta Di ICQS Bukit Kayu Hitam

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2024 4:47PM

Pengarah Kastam Kedah Nor lzah Abdul Latiff menunjukkan rampasan air zamzam. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 5,000 botol air zamzam bernilai lebih RM1.26 juta yang disyaki cuba diseludup masuk ke negara ini di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, 13 Februari lepas.

Pengarah Kastam Kedah Nor lzah Abdul Latiff, berkata rampasan dilakukan selepas pihaknya memeriksa sebuah lori kontena dipandu seorang lelaki warganegara Thailand bersama kelindannya yang juga warganegara sama.

"Air zamzam itu disembunyikan di bahagian belakang muatan kontena, manakala bahagian pintu kontena disusun kotak yang diikrar mengandungi 'pelembut fabrik' bagi mengaburi pihak Kastam bagi mengelak daripada dikenakan duti dan cukai.

"Pihak Kementerian Kesihatan (KKM) juga mengesahkan tiada pengedar atau syarikat di Malaysia yang diberikan lesen bagi import dan penjualan air zamzam," katanya pada sidang media di sini hari ini. 

Beliau berkata, pihaknya juga meragui ketulenan air zamzam itu memandangkan Arab Saudi tidak mengeksport produk air zamzam.

Air zamzam, katanya, adalah barangan diklasifikasikan sebagai barang larangan import mengikut Butiran 35, Jadual Ketiga, Item 19 (Larangan Mengenai Import) 2023 dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967. 

Dalam sidang media sama, beliau berkata, pihaknya berjaya menggagalkan cubaan menyeludup masuk 120 kilogram ganja bernilai RM420,000 dalam serbuan di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Sungai Berembang, Kuala Perlis pada Khamis lepas.

Menurut Nor Izah, serbuan kira-kira 2.45 pagi itu dijalankan selepas pihaknya mengesan sebuah bot nelayan tanpa nombor pendaftaran dipercayai dari negara jiran berada berhampiran jeti berkenaan.

"Ketika serbuan, pasukan mendapati bot itu telah memunggah enam karung guni yang diletakkan di gigi air berdekatan jeti berkenaan sebelum memecut laju apabila menyedari kehadiran anggota penguat kuasa," katanya. 

Beliau berkata, dadah itu dipercayai dibawa masuk dari negara jiran melalui jalan laut menggunakan bot nelayan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa dan kes disiasat bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, Nor lzah berkata, sepanjang tahun lepas sebanyak 547 kertas siasatan dibuka melibatkan pelbagai kesalahan penyeludupan dengan nilai rampasan lebih RM11.9 juta manakala duti atau cukai terlibat dianggarkan lebih RM8.19 juta.

"Bagi tahun ini, setakat 15 Februari lepas sebanyak 57 kertas siasatan dibuka mengikut Akta Kastam 1967, manakala dua kes mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 dengan jumlah nilai rampasan dianggarkan lebih RM1 juta dan duti atau cukai dianggarkan lebih RM538,000. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 15 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 23 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad