web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KDN Laksana Kajian Lanjut Tempoh Sah Laku Pasport Kepada 10 Tahun

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2024 12:46PM

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyerahkan pasport kepada Zunaida Othman pada majlis pembukaan Pejabat Pasport Shaftsbury. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Jabatan Imigresen sedang melaksanakan kajian untuk memanjangkan tempoh sah laku pasport Malaysia antarabangsa (PMA) kepada 10 tahun berbanding lima tahun ketika ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata ini kerana tempoh sah laku pasport selama 10 tahun itu sudah dilaksanakan di beberapa negara.

"Tempoh sah laku pasport selama 10 tahun sudah diamalkan dalam kalangan negara ASEAN seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura. Selain itu di Itali, Perancis, Amerika Syarikat dan United Kingdom," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan pembukaan Pejabat Pasport Shaftsbury, di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh.

Menurut Saifuddin Nasution, kajian berkenaan dijangka siap dalam tempoh munasabah sebelum satu dasar dibuat berkaitan perkara itu.

"Saya percaya dalam tempoh munasabah bila hasil kajian itu kita peroleh, kita akan buat dasar tentang keperluan sama ada laksanakan untuk tempoh lima atau 10 tahun," katanya. 

Sementara itu, Saifuddin Nasution berkata, satu lagi pejabat pasport imigresen akan dibuka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah yang dijangka beroperasi Jun depan.

Beliau berkata, pejabat berkenaan kini dalam proses disiapkan sebelum beroperasi sepenuhnya.

"Dengan cara ini, kita dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan tanpa menambah jawatan tetapi permudahkan urusan imigresen dengan masyarakat," katanya.

Mengenai Pejabat Pasport Shaftsbury, beliau berkata ia adalah pejabat ke-78 dibuka yang menerima permohonan untuk memperbaharui pasport secara dalam talian sepenuhnya.

Beliau berkata, tiga lagi pejabat yang melakukan urusan pembaharuan pasport secara dalam talian ialah cawangan pejabat di Wangsa Maju, Kajang dan Kelana Jaya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata sebanyak 3,057,825 pasport dikeluarkan tahun lepas berbanding 2,574,435 pada tahun sebelumnya yang menyaksikan peningkatan sebanyak 20 peratus. -BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 21 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad