web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Serangan Di Rafah: Isteri, Anak Dan 30 Individu Kini Berlindung Di Sebuah Rumah - Nadir Al-Nuri

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2024 8:26AM

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman ketika bercakap kepada media pada program Majlis Minum Petang Bina Semula Gaza. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGI - Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, berkata serangan udara di Rafah, Palestin berlaku tidak kira masa dan ketika ini, isteri serta anak-anaknya berlindung di sebuah rumah di Rafah, Palestin bersama kira-kira 30 individu lain.

Menyifatkan situasi di Rafah amat getir, beliau menzahirkan rasa syukur kerana isterinya, Reem Al-Minawi bersama tujuh anak mereka masih selamat dan boleh dihubungi.

"...Alhamdulilah, mereka masih hidup dan itu sudah cukup baik untuk saya. Memang tidak tidur malam fikikan keadaan mereka," katanya yang lebih dikenali sebagai Nadir Al-Nuri.

Beliau berkata, penduduk di Rafah mempunyai akses kepada makanan dalam tin kerana bantuan masuk melalui laluan itu.

"Serangan oleh Israel sekarang ini masih berlaku melalui jalan udara, maksudnya serangan berbentuk precise iaitu sesiapa yang mereka sasarkan sahaja.

"...belum berlaku serangan melalui jalan darat dan kalau berlaku, risikonya ribuan akan mati syahid," katanya kepada pemberita selepas Majlis Minum Petang Bina Semula Gaza di sini semalam. 

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan yang dikendalikan oleh Hamas, serangan Israel ke atas bandar Rafah, yang terletak di selatan Gaza, baru-baru ini telah meragut kira-kira 100 nyawa.

Israel menggempur Semenanjung Gaza sejak Oktober tahun lepas yang menyaksikan sekurang-kurangnya 28,775 orang terbunuh manakala lebih 68,552 cedera.

Serangan rejim zionis juga mengakibatkan berlaku kemusnahan besar-besarandan kekurangan barang keperluan. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad