web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Imigresen Gempur Penempatan Haram, Tahan 132 Pendatang Asing

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2024 12:28PM

Anggota penguat kuasa membuka pintu dalah satu premis haram yang diserbu. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 132 pendatang tanpa izin dalam operasi di sebuah perkampungan haram di kawasan ladang kelapa sawit di Setia Alam, dekat sini awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JIM Jafri Embok Taha, berkata operasi bermula 2.38 pagi itu menahan warga Indonesia yang terdiri daripada 76 lelaki, 41 wanita serta 13 kanak-kanak dan bayi berusia sembilan bulan, selain dua lelaki warga Bangladesh.

Beliau berkata, hasil risikan dan aduan yang diterima pihaknya mendapati perkampungan berkenaan wujud sejak empat tahun lepas dengan dilengkapi bekalan elektrik.

“Warga asing ini dipercayai menyewa kawasan berkenaan daripada warga tempatan yang turut membekalkan bekalan elektrik kepada mereka. Ketua Kampung di sini mendakwa mereka berkongsi membayar kira-kira RM6,000 sebulan untuk sewaan tanah seluas 0.6 hektar itu.

"Di kawasan penempatan haram ini turut menempatkan kedai runcit, warung dan surau. Kebanyakan warga asing ini bekerja sebagai tukang cuci, pembantu restoran dan buruh binaan di kawasan sekitar," katanya selepas operasi berkenaan.

Beliau berkata, berdasarkan semakan pihaknya, kesemua warga asing terbabit tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan telah tinggal di negara ini melebihi masa.

"Semasa operasi dijalankan, ada dalam kalangan mereka yang memanjat atap, menyorok di bawah kolong rumah dan mengunci diri (dalam rumah) supaya tidak ditahan pihak berkuasa," katanya menambah operasi itu mengambil masa selama hampir tiga jam.

Jafri berkata, operasi itu melibatkan 220 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi antaranya JIM, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Pendaftaran Negara manakala kesemua pendatang tanpa izin berkenaan akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Ditanya tentang tindakan yang akan dikenakan terhadap pemilik tanah berkenaan, beliau berkata, semakan lanjut akan dilakukan mengikut Seksyen 55E (1) Akta Imigresen 1959/63.

Jafri turut mengingatkan orang ramai dan majikan supaya tidak melindungi mana-mana pendatang tanpa izin. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar