web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Perkenal Beras Putih Malaysia MADANI, Bakal Di Pasaran Mulai 1 Mac

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2024 8:13AM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUCHONG - Kerajaan akan memperkenalkan Beras Putih Malaysia MADANI yang dijual pada harga RM30 dengan berat 10 kilogram (kg) sekampit berkuat kuasa 19 Februari ini dan dijangka berada di pasaran bermula 1 Mac 2024.

Pengerusi Task Force (Kluster Makanan), Majlis Tindakan Kos Sara Hidup (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafız Syed Abdul Fasal berkata, ini bermakna tiada lagi kategori Beras Putih Tempatan (SST) dan Beras Putih Import (SSI) melainkan Beras Putih Malaysia MADANI sebagai kategori tunggal.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata, dalam tempoh 19 Februari hingga 1 Mac 2024, kerajaan memberi masa kepada pemain industri beras untuk membuat penyelarasan dengan membenarkan semua jenis pembungkusan lama dijual sehingga stok pengampitan di pemborong habis.

"Apa yang kita buat ini untuk memberikan suatu harga yang lebih selesa kepada rakyat sebenarnya. Pelarasan ini dibuat oleh industri untuk memberikan harga yang sesuai... dan adanya dalam pasaran untuk semua rakyat.

Selain itu, harga Beras Putih Malaysia MADANI bagi per kampit beras lima kg pula ditetapkan pada harga RM15.50, manakala kampit satu kg pada harga RM3.50," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Syed Abu Hussin Hafız berkata, walaupun semua jenis pembungkusan dan warna pengampitan sedia ada dibenarkan sehingga stok di peringkat pemborong habis, pemain industri beras masih perlu mengubah pelabelan dan pembungkusan kampit beras mengikut ketetapan baharu sehingga 1 Mac ini.

Pada masa sama, beliau berkata, kerajaan turut membenarkan bungkusan lama dipakai tetapi mesti ditampal dengan pelekat harga Beras Putih Malaysia MADANI yang ditetapkan.

"Ini memberi ruang (memandangkan) selama 18 tahun harga beras tidak naik. Ini juga bagi membolehkan petani serta pesawah lebih selesa dengan harga siling beras (baharu)... dan industri juga boleh bertahan dengan harga RM30 untuk (setiap) 10kg," katanya.

Terdahulu, katanya, cadangan pengenalan Beras Putih Malaysia MADANI itu dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dipersetujui untuk dilaksanakan.

"Saya telah diberi amanah (memegang) jawatan (Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) NACCOL ini untuk menyelesaikan sedikit- sebanyak kos sara hidup ini. Saya kena buat tindakan pantas. (Maka), ini pengumumannya," katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, penetapan harga siling Beras Putih Malaysia MADANI itu berperanan sebagai mekanisme untuk menghentikan tindakan memanipulasi atau membungkus semula beras putih tempatan kepada jenama yang lebih mahal.

Syed Abu Hussin Hafız berkata, ini kerana segelintir pengeluar sebelum ini dipercayai mencampurkan beras putih tempatan di dalam kampit beras putih import bagi tujuan meraih lebih keuntungan.

"la berpunca daripada tiada kawalan harga ditetapkan bagi bekalan beras putih import, (sekali gus) menyebabkan harganya sentiasa tinggi, selain turut didorong faktor lonjakan harga import akibat kenaikan harga beras global.

"Perkara itu menyebabkan label beras putih tempatan ditukar kepada beras putih import atau dicampur dan sebagainya sehingga menyebabkan bekalannya sukar didapati di pasaran," katanya.

Sebelum ini, harga kawalan maksimum beras Super Spesial Tempatan lima peratus (SST5) di peringkat runcit adalah RM2.60 sekilogram seperti termaktub dalam peruntukan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522). - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 22 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar