web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Tahan 3 Lelaki, Rampas 150,000 Pil Yaba Hampir RM1 Juta

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2024 8:22PM

Muhamad Zaki Harun (dua, kiri) bersama pil yaba yang dirampas - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Polis menahan tiga lelaki dan merampas 150,000 biji pil Yaba yang dianggarkan bernilai hampir RM1 juta dalam serbuan di perkarangan bangunan pasar borong dekat Jalan Pasir Mas-Salor, Ahad lepas.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata kesemua lelaki tempatan berusia 21 hingga 23 tahun yang ditahan itu didapati positif dadah jenis Benzo dan direman seminggu bermula 11 Feb untuk disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Rampasan dadah tersebut dilakukan ketika seorang lelaki berusia 23 tahun dilihat mengeluarkan dua kotak berwarna oren dari tempat duduk penumpang sebuah lori dan diletakkan ke atas sebuah troli.

"Pemeriksaan lanjut ke atas kotak tersebut menemukan 25 bungkusan mengandungi 150,000 biji pil Yaba dengan anggaran berat 18.1 kilogram. Turut disita adalah wang tunai sebanyak RM14,380 serta sebuah lori bernilai RM60,000," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Muhamad Zaki berkata pihaknya menahan dua lelaki serta merampas sepucuk pistol tiruan dan sebilah pedang dipercayai untuk kegiatan pecah rumah ketika sekatan jalan raya dekat Cabang Empat Salam, di sini, pada jam 11.30 malam, Isnin lepas.

"Turut ditemukan dalam kereta jenis Subaru itu adalah dadah jenis Ectasy, pelbagai jenis telefon bimbit dan barangan kemas.

"Siasatan lanjut terhadap kedua-dua lelaki berusia 33 dan 39 tahun mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

"Kedua-dua suspek direman empat hari bermula semalam untuk disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata 1960, Seksyen 6 Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya (ABKLSB) 1958, Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil (AKK) 1955," katanya.

Selain itu, Muhamad Zaki berkata pihaknya turut berjaya menahan seramai 15 lelaki berusia 25 hingga 74 tahun selepas disyaki terlibat dalam aktiviti judi laga ayam secara dalam talian di Pasar Beris Kubor Besar dekat Bachok, semalam.

"Sebelum serbuan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) telah membuat pemerhatian selama 15 minit di sebuah kedai makan dan mendapati beberapa lelaki sedang berkumpul sambil menonton televisyen secara siaran langsung program 'Thai Game Cock' dari negara jiran, Thailand.

"Wang pertaruhan yang dibuat adalah antara RM2 hingga RM20 bagi setiap perlawanan laga ayam melalui siaran yang disiarkan setiap hari bermula pukul 3 petang hingga 5 petang," katanya sambil menambah, turut ditemukan ialah buku catatan rekod pertaruhan dan wang tunai berjumlah RM628. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

2

Semasa 3 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

3

Semasa 3 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

4

Semasa 4 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 22 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad