web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wan Rosdy Umum Penyusunan Semula Portfolio Exco

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2024 4:49PM

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini mengumumkan penyusunan semula portfolio melibatkan tiga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Wan Rosdy berkata keputusan dibuat menerus Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yang bermesyuarat hari ini serta selaras dengan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Pelangai Datuk Amizar Abu Adam sebagai Exco yang baharu.

Beliau berkata, Amizar akan memegang portfolio Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Usahawan mengambil alih tugas ADUN Muadzam Shah Razali Kassim yang akan menerajui portfolio Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan.

ADUN Bebar Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff yang sebelum ini memegang portfolio

Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan pula dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau.

"Penyusunan portfolio ini berkuat kuasa serta-merta. Saya mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Exco terlibat.

"Saya berharap dengan penyusunan semula portfolio Exco, pentadbiran Kerajaan Pahang akan lebih kemas dan mantap terutamanya dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Amizar yang berasal dari Felda Chemomoi, Bentong telah mengangkat sumpah sebagai Exco Pahang yang baharu di lstana Abdulaziz, di sini.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan itu berlangsung di hadapan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Amizar memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 7 Oktober 2023, yang diadakan susulan kekosongan luar jangka selepas penyandangnya Datuk Seri Johari Harun, maut dalam insiden pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 0gos 2023.

Allahyarham Johari sebelum ini memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran