web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pesawat Terhempas: Kedua-dua Mangsa Maut Akibat Pelbagai Kecederaan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2024 4:32PM

Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP S. Vijaya Rao. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLANG - Bedah siasat terhadap dua mangsa nahas pesawat ringan yang terhempas di Kapar semalam mendapati punca kematian mereka disebabkan pelbagai kecederaan pada anggota badan akibat nahas pesawat.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP S. Vijaya Rao, berkata bedah siasat terhadap kedua-dua mangsa nahas iaitu juruterbang Daniel Yee Hsiang Khoon, 31, dan pembantu juruterbang Roshaan Singh Raina, 43, selesai pada 12.15 tengah hari tadi.

"Hasil bedah siasat yang bermula pukul 10 pagi mendapati punca kematian akibat multiple injuries due to plane crash, pemeriksaan cap jari juga mengesahkan mangsa merupakan Daniel Yee dan Roshaan Singh.

"Waris kedua-dua mangsa telah dihubungi untuk proses serahan mayat mangsa dan pihak polis bekerjasama dalam urusan penghantaran mayat ini ke lokasi yang ditetapkan oleh keluarga kelak," katanya dalam sidang media di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Vijaya Rao berkata, pihaknya telah merakam lima keterangan saksi berhubung nahas berkenaan yang berlaku di sebuah ladang kelapa sawit di Kapar.

"Kelima-lima individu ini melihat kejadian berkenaan dan keterangan mereka dirakam bagi membantu siasatan," katanya.

Mengenai kotak hitam pesawat terbabit, Vijaya Rao berkata, perkara itu disiasat oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara.

Pesawat dikendalikan Air Adventure Flying Club itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada 1.28 tengah hari untuk penerbangan rekreasi sebelum dilaporkan terhempas pada 1.45 tengah hari. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar