web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bomba: Waspada Berkhemah Tepi Sungai Sepanjang Musim MTL

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Feb 2024 10:06AM

- gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SIBU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengingatkan orang awam yang ingin mengadakan aktiviti riadah di tebing sungai agar sentiasa berwaspada dan peka kepada perubahan air sungai di sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL) ketika ini.

Ketua Bomba Zon Sibu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Andy Alie, berkata ini bagi mengelakkan mereka terdedah kepada bahaya kejadian kepala air.

Katanya, tanda-tanda awal akan berlakunya kejadian kepala air ialah apabila paras air yang meningkat dengan cepat, perubahan warna air, kederasan arus dan keberadaan puing-puing asing yang timbul di permukaan air.

Menurut beliau, sekiranya tanda-tanda awal itu dikesan mereka perlu segera mengambil langkah keselamatan dengan berpindah ke kawasan lebih selamat dan menghubungi pihak bomba.

"Nasihat saya kepada orang awam supaya berhati-hati ketika menjalankan aktiviti perkelahan, khususnya sepanjang musim Monsun Timur Laut ini. Mereka perlu tahu situasi cuaca semasa dan memastikan tapak perkhemahan didirikan di jarak selamat dari tepi sungai," katanya kepada Bernama.

Beliau mengulas kejadian sembilan keluarga dari Bintulu yang beriadah dengan berkhemah serta bermalam di tepi Sungai Yong di Kapit yang terperangkap dalam kejadian kepala air pada Ahad lepas.

Andy berkata, orang awam juga diminta memaklumkan balai polis berhampiran sekiranya hendak melakukan aktiviti berkhemah atau beriadah di kawasan sungai atau lokasi rekreasi air yang bukan kawasan rekreasi awam. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad