web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bomba Selangor Selamatkan 6 Beradik Hampir Jadi Mangsa Korban Kebakaran

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Feb 2024 5:51PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menyelamatkan enam adik-beradik rakyat tempatan yang hampir menjadi korban, selepas terperangkap dalam kebakaran di sebuah rumah di Apartmen Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, kesemua kanak-kanak berusia lingkungan dua hingga 11 tahun itu, ditinggalkan dalam rumah berkunci kerana ibu bapa mereka pergi ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan.

Beliau berkata, bomba menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada 11.15 pagi daripada orang awam dan menghantar sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh dengan kekuatan tujuh pegawai serta anggota ke lokasi.

"Setibanya di lokasi anggota bomba terpaksa memotong jeriji besi pintu hadapan untuk masuk ke dalam rumah dan melihat ada api di bahagian sofa di ruang tamu.

"Pasukan segera memadamkan kebakaran dan mendapati terdapat enam kanak-kanak terdiri daripada empat perempuan dan dua lelaki kembar di dalam rumah itu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kebakaran itu tidak melibatkan struktur bangunan dan berdasarkan maklumat awal kanak-kanak terbabit ditinggalkan di rumah, kerana ibu mereka membawa bapa mendapatkan rawatan penyakit jantung di hospital berdekatan.

"Kesemua kanak-kanak berkenaan berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran