web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelajar OKU Maut Motosikal Ditunggang Bertembung Kereta

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Feb 2024 4:23PM

Kemalangan membabitkan pelajar OKU yang maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta dipandu seorang penjawat awam. - gambar IPD Melaka Tengah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Seorang pelajar orang kurang upaya (OKU) maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta dalam kemalangan di Jalan Klebang Besar di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Christopher Patit berkata dalam kejadian pada 2.30 pagi itu, remaja OKU masalah pembelajaran berusia 17 tahun yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rahmat Kuala Sungai Baru, Alor Gajah, meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan dalaman.

Beliau berkata, pemandu kereta jenis Toyota Vios berusia 35 tahun yang merupakan penjawat awam di Selangor, bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Siasatan mendapati, kemalangan berlaku apabila motosikal Yamaha 135 LC yang ditunggang mangsa dari Klebang menghala ke Batang Tiga memasuki laluan kereta Toyota Vios yang datang dari arah bertentangan, lalu bertembung selepas kereta tersebut gagal mengelak," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, siasatan mendapati lesen pemandu kereta Toyota Vios itu telah tamat tempoh pada 17 Januari lepas, manakala remaja OKU tersebut tidak mempunyai lesen memandu dan cukai jalan motosikal yang ditunggang juga tamat tempoh pada 8 November 2022.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kenderaan terbabit dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bagi pemeriksaan lanjut. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 17 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad