web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Terpengaruh Iklan Kerja Gaji Lumayan, Pemuda Jadi Mangsa 'Scammer'

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2024 8:08PM

Seorang daripada mangsa penipuan pekerjaan yang kemudian dipaksa menjadi 'scammer' di Myanmar. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Akibat terpengaruh dengan iklan pekerjaan yang menawarkan gaji lumayan sehingga RM7,000 di sebuah kasino di Bangkok, seorang pemuda dari Rawang didera dan dipaksa menjadi 'scammer' atau penipu wang pelaburan kripto suatu sindiket beroperasi di Myawaddy, Myanmar.

Ah Chong (bukan nama sebenar) berkata, beliau hanya mampu bertahan tiga hari di Myanmar dan memohon untuk kembali ke Malaysia namun tidak dibenarkan selagi tidak membayar wang tebusan.

"Saya difahamkan kerja kasino itu di Bangkok. Selepas sampai di sana, saya dibawa ke lokasi lain menerusi 'laluan tikus' dan selepas itu baru saya sedar telah dipergunakan oleh sindiket itu dan minta balik Malaysia namun tidak dibenarkan.

"Sindiket itu juga meminta wang tebusan sehingga RM80,000 untuk melepaskan saya dan akhirnya anggota keluarga bayar RM30,000 untuk saya keluar. Bersama-sama saya ada lebih 80 mangsa yang juga rakyat Malaysia yang terperangkap dan dipaksa menjadi 'scammer'," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 di sini, hari ini.

Ah Chong antara 10 mangsa sindiket wang pelaburan kripto di Myawaddy yang tiba dari Bangkok selepas diselamatkan oleh Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO).

Mangsa penipuan kripto yang berjaya diselamatkan. - gambar BERNAMA
Mangsa penipuan kripto yang berjaya diselamatkan. - gambar BERNAMA

Wakil MHO Azirul Syafiq Sazali yang mengendalikan usaha menyelamatkan kesemua mangsa berkata terdapat tiga situasi yang, membolehkan mereka diselamatkan antaranya terdapat mangsa yang melarikan diri dengan kenderaan sindiket.

"Ada yang melarikan diri dengan dibantu rakan yang membawa mereka menyeberangi masuk ke Mae Sot (Thailand) dan menyerah diri kepada pihak berkuasa Thailand untuk proses dokumentasi seterusnya," katanya.

Beliau berkata, kebanyakan kes penipuan pelaburan kewangan yang berlaku di Malaysia berpunca daripada operasi sindiket itu yang aktif di Myawaddy, malah mangsa turut dipaksa mengikuti kursus pengendalian sistem kripto.

Azirul Syafiq turut mendedahkan keberadaan mangsa di Myawaddy adalah secara haram memandangkan sebarang kemasukan pengunjung luar ke Myanmar mesti melalui Yangon sahaja.

"Myanmar tidak membenarkan mana-mana pasport antarabangsa dicop di sempadan, jika nak ke Myanmar hanya perlu melalui Yangon sahaja. Jadi semua 100 peratus mangsa rakyat kita di Myanmar masuk secara haram memandangkan (rekod) perjalanan terakhir di Bangkok," katanya.

Turut hadir Setiausaha Agung MHO Datuk Hishamuddin Hashim dan anggota keluarga mangsa. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 3 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad