web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tragedi Kepala Air Bidor: 2 Mayat Terakhir Ditemukan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2024 1:11PM

Anggota mencari dan menyelamat mangsa kejadian kepala air di Sungai Kejur, Kampung Poh, Bidor dalam operasi yang disambung pagi tadi. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAPAH - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa  tragedi kepala air di Sungai Kenjur dekat Kampung Poh, Bidor ditamatkan susulan penemuan mayat dua beradik perempuan sekitar 9 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Mohd Naim Asnawi berkata mayat pertama yang dikenal pasti sebagai Hanum Marissa Azam, 2, telah ditemukan di Jambatan Kampung Poh yang berjarak tiga kilometer (km) dari tempat kejadian.

"Mayat kedua yang dikenali sebagai Hanna Mikayla Azam, 7, telah ditemukan 600 meter dari lokasi kejadian.

“Susulan daripada penemuan ini juga pusat kawalan tempat kejadian (PKTK) di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Poh ditamatkan serta-merta," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mayat dua kanak-kanak mangsa kepala air selepas ditemui pasukan mencari dan menyelamat. - gambar BERNAMA
Mayat dua kanak-kanak mangsa kepala air selepas ditemui pasukan mencari dan menyelamat. - gambar BERNAMA

Dalam kejadian 4.03 petang semalam, enam sekeluarga dan seorang pembantu rumah terperangkap dalam tragedi kepala air sewaktu sedang berkelah di Sungai Kenjur, Kampung Poh, Bidor.

Empat daripada mangsa iaitu seorang wanita bersama tiga anaknya hilang dihanyutkan arus deras sementara tiga lagi terselamat.

Mayat ibu tiga beradik itu Aszura Bani, 37, ditemukan petang semalam manakala mayat anaknya Hafiy Muhayat Azam, 4, ditemukan jam 9.45 malam tadi.

Mohd Naim berkata buat masa ini lokasi perkelahan tersebut ditutup kepada kunjungan orang ramai sehingga siasatan kes selesai.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata kejadian berkenaan berlaku disebabkan faktor cuaca selain arus deras yang menyebabkan semua mangsa tidak berupaya untuk menyelamatkan diri.

"Kalau kita lihat semua mangsa adalah perempuan dan kanak-kanak. Jadi apabila berlaku aliran deras (kepala air) mereka pula pada waktu itu berada di tengah-tengah sungai maka keupayaan untuk menyelamatkan diri amat terbatas," katanya.

Selain itu, beliau berkata pihaknya menasihatkan orang ramal supaya berhati-hati sewaktu menjalankan aktiviti beriadah di lokasi berdekatan sungai dan punca air.

"Kalau boleh dengan keadaan cuaca yang tidak menentu ini, saya nasihatkan orang ramai supaya mengehadkan aktiviti di tempat berair bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 4 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad