web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tragedi Kepala Air Kg Poh: Seorang Kanak-kanak Ditemui Lemas, 2 Masih Hilang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2024 8:24AM

Mayat seorang lagi kanak-kanak yang menjadi mangsa kejadian kepala air di Sungai Kenjur, Kampung Poh yang ditemui malam tadi. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAPAH - Satu lagi mangsa tragedi kepala air di Sungai Kenjur, Kampung Poh iaitu seorang kanak-kanak lelaki ditemukan lemas pada pukul 9.50 malam tadi, menjadikan jumlah mangsa yang ditemukan setakat ini kepada dua orang.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Mohd Naim Asnawi berkata kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dipercayai anak Aszura Bani, 37, mangsa lemas pertama ditemui kira-kira 600 meter dari tempat kejadian.

"Dengan bantuan orang kampung,kanak-kanak itu ditemukan di tepi sungai dalam keadaan tersangkut pada ranting kayu," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Terdahulu kejadian kira-kira 4 petang semalam, enam sekeluarga dan seorang pembantu rumah terperangkap dalam kepala air ketika sedang berkelah di Sungai Kenjur.

Dalam kejadian itu kakak Aszura, Aslinda Bani, 38, anak lelakinya Muhammad Adam Muhkris Rozi,11, dan seorang pembantu rumah terselamat sementara dua anak Aszura masih belum dijumpai.

Terdahulu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa terbabit ditangguhkan pada pukul 7.30 malam tadi dan akan disambung hari ini.

Namun, atas usaha penduduk kampung yang mengambil inisiatif terus mencari mangsa berjaya menemukan mayat kanak-kanak berkenaan.

sementara itu, Mohd Na'im menasihati orang ramai supaya berhati-hati ketika melakukan aktiviti melibatkan air ketika musim Monsun Timur Laut. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran