web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


“Saya Tidak Mahu Menjadi Tetamu Yang Biadap Terhadap Tuan Rumah” - Cikgu Fadli

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2024 7:59AM

Gambar majlis persaraan yang dikongsikan Mohd Fadli. - gambar Facebook Mohd Fadli Salleh

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Seorang guru Matematik, Mohd Fadli Mohamed Salleh, yang pernah mencetuskan kontroversi pada 2022 selepas mendedahkan kepincangan silibus pendidikan negara, mengambil keputusan bersara awal berkuatkuasa bulan ini.

Mengakui keputusan itu bukan kerana kekecewaan terhadap Kementerian Pendidikan (KPM), Mohd Fadli berkata, sebaliknya beliau terlalu sayangkan KPM dan dunia pendidikan, yang diceburinya sejak Januari 2006.

“Sedikit pencerahan. Saya memilih bersara awal bukan kerana kecewa dengan KPM. Bahkan saya terlalu sayangkan KPM dan dunia pendidikan.

“Cuma adab Melayu, bila bertandang ke rumah orang, tidak molek kita membuat onar sesuka hati.

“Saya tak mahu jadi tetamu yang biadab terhadap tuan rumah yang baik hati. Kerana kasih dan menghormati tuan rumah saya undur diri,” katanya dalam satu hantaran melalui akaun Facebook, semalam.

Pun begitu, Mohd Fadli atau juga dikenali sebagai Cikgu Fadli, berkata beliau akan terus berada dalam bidang pendidikan biarpun berbeza haluan selain akan terus bersuara.

“Terima kasih buat seluruh warga KPM selama ini. Maafkan diri ini atas apa jua salah silap selama masa,” katanya.

Dalam satu hantaran lain, Mohd Fadli memaklumkan beliau memulakan kerjayanya sebagai Seorang guru pada 3 Januari 2006 di Sekolah Kebangsaan (SK) Mambang, Pekan, Pahang, sebelum melapor diri di SK Taman Melawati 2 pada Disember 2009.

Sejak Oktober 2016 hingga memilih untuk bersara awal pada usia 40 tahun, Mohd Fadli mengajar di SK 1 Gombak.

Beliau berkata, ada banyak yang mahu dinukilkannya, namun beliau tidak tahu di mana ia periu dimulakan, lantas mengambil keputusan untuk memendamkannya.

“Setiap yang bermula pasti berakhir jua. Terima kasih semua atas memori indah sepanjang kita bersama.

“Kalian sentiada ada dalam setiap sujud dan doa. Izinkan daku mengundur diri,” katanya.

Semalam, satu majlis perpisahan dianjurkan di SK 1 Gombak bagi meraikan jasa Mohd Fadli.

Mohd Fadli sebelum ini mendapat perhatian ramai selepas beliau mengkritik sistem pendidikan negara pada 2022 sehingga mendapat perhatian Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin. .

Pendedahan yang dibuat melalui media sosial itu menyebabkan beliau disiasat Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan, yang kemudian membuat keputusan Mohd Fadli tidak bersalah, susulan tindakannya itu.

Mohd Fadli sebelum itu membantah silibus subjek Matematik bagi murid sekolah rendah, yang disifatkan terlalu tinggi dan tidak padan dengan keupayaan pelajar.

Beliau juga kerap menyuarakan kebimbangan mengenai berat beg sekolah yang terpaksa ditanggung murid, akibat kepadatan jadual pembelajaran. – Getaran, 7 Februari 2024

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

3

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

4

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

5

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 32 minit yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar