web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Klang Diisytihar Majlis Bandaraya Diraja

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2024 3:26PM

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melawat pameran mengenai Bandaraya Diraja Klang. - gambar Facebook Amirudin Shari

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLANG - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan mengisytiharkan Majlis Perbandaran Klang sebagai Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) berkuat kuasa 23 November tahun lepas.

Sultan Selangor turut berkenan melantik Noraini Roslan sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang mengikut Subseksyen 10 (1) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

“Beta, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, dengan ini mengisytiharkan dan menetapkan bahawa Majlis Perbandaran Klang bermula 23 November 2023, akan menjadi sebuah Bandar Raya Diraja buat selama-lamanya dan hendaklah disebut sebagai Majlis Bandaraya Diraja Klang.

“Oleh yang demikian, gelaran Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang, hendaklah ditafsirkan sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang manakala Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Klang, hendaklah ditafsirkan sebagai Ahli-Ahli Majlis Bandaraya Diraja Klang,” titah baginda pada majlis pengisytiharan tersebut di sini, hari ini.

MBDK adalah Majlis Bandaraya Diraja ketiga di negara ini selepas Majlis Bandaraya Diraja Alor Setar dan Majlis Bandaraya Diraja Johor Bahru. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

3

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

4

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

5

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 minit yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 20 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar