web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Graduan Asing Sebagai Pekerja: Hanya Solusi Jangka Pendek Tangani Isu Tenaga Mahir

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2024 8:29PM

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cadangan untuk membenarkan graduan asing institut pengajian tinggi (IPT) tempatan bekerja sementara di negara ini dalam bidang tertentu seperti sektor teknologi tinggi dapat menyemarakkan lagi sektor pendidikan Malaysia sebagai penjana pendapatan untuk negara.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, pelajar asing banyak menyumbang kepada ekonomi Malaysia dengan tahun ini sahaja pelajar dianggar berbelanja sebanyak RM7.3 bilion setahun.

"Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) memang pun selama ini bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi serta pelbagai agensi lain untuk tambah bilangan pelajar dan pekerja mahir dalam bidang teknologi tinggi.

"Contohnya projek kolaborasi yang meningkatkan kemahiran graduan kita seperti program latihan bersama industri," katanya dalam hantaran video di laman X (dikenali sebagai Twitter sebelum ini) beliau, hari ini.

Namun, Tengku Zafrul berkata, tenaga kerja mahir tersebut amat diperlukan sekarang.

"Pelabur tak boleh tunggu empat tahun lagi. Sebagai contoh industri elektrik dan elektronik perlukan 50,000 jurutera. IPT kita setakat ni cuma keluarkan 5,000 graduan setahun. Jadi nak penuhi permintaan industri akan mengambil masa.

"Kalau pelabur nak graduan dalam kecerdasan buatan (Al) misalnya takkan kita nak sua (berikan) kepada mereka calon yang ada ijazah sains politik. Lagipun mereka (graduan asing) juga sudah faham budaya kerja kita, ini menjadikan mereka pilihan yang sesuai.

"Bukan semua bidang yang dibenarkan untuk graduan asing cuma bidang keutamaan yang tidak cukup bakat (tenaga kerja) tempatan sahaja yang akan dipertimbangkan," katanya.

Tengku Zafrul juga berkata, dengan langkah membenarkan graduan asing IPT tempatan bekerja sementara di negara ini juga akan menjadikan industri tempatan akan mendapat bekalan tenaga mahir yang diperlukan.

"IPT tempatan (dapat) diperkasa di arena antarabangsa dan graduan tempatan kita akan terus diberi peluang apabila mereka sudah bersedia," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad