web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


3 Lelaki Ditahan Kurung, Pukul Wartawan China – Polis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2024 8:50PM

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiga lelaki tempatan ditahan polis semalam di sekitar Kajang, bagi membantu siasatan kes melibatkan mengurung dan menyamun seorang wartawan lelaki warga China, hujung tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan dalam kenyataan hari ini berkata pada kejadian yang berlaku pada 31 Disember tahun lepas itu, mangsa berusia 40 tahun sedang bercuti dalam negara, dan telah dijemput untuk bermain serta ditawarkan cip tunai bernilai RM100,000di sebuah kasino di Genting Highlands, Pahang.

Beliau berkata mangsa yang kalah, kemudiannya telan diminta untuk membayar semula hampir RM200,000 dan mangsa telah membayarnya melalui transaksi dalam talian bank dari China.

"Mangsa kemudiannya diminta untuk memindahkan wang lagi sebanyak RM150,000, namun enggan membayarnya kerana mengesyaki telah ditipu dan diperdaya," katanya.

Mohd Zaid berkata berikutan itu, mangsa diperdaya dengan jemputan makan malam dan dibawa ke sebuah kebun durian berdekatan Genting Highland, sebelum dipukul dan barangan peribadi miliknya dirampas.

"Selepas itu, mangsa dibawa ke kawasan taman perumahan di sekitar Kajang dan dikurung, diikat serta dipukul oleh beberapa lelaki di dalan pondok pengawal keselamatan berhampiran," katanya.

Mohd Zaid berkata mangsa yang kemudiannya berjaya melepaskan diri dan dibantu orang awam, telah membuat laporan polis di lbu Pejabat Polis Daerah Kajang, pada 2 Januari lepas.

Beliau berkata kesemua suspek yang berusia lingkungan 30an hingga 50an, telah mengaku terlibat kes ini dan mereka direman selama lima hari oleh Mahkamah Kajang bermula hari ini sehingga Isnin depan,bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini, diminta untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Afiq Rifdi Mohd Azmi di talian 011-29667474 atau mana-mana balai polis berhampiran, bagi membantu siasatan,” katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar