web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Permohonan MB Kedah Pindah Kes Ke Mahkamah Tinggi Dibenarkan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2024 4:41PM

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ketika tiba di Kompleks Mahkamah Shah Alam. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor untuk memindahkan perbicaraan dua pertuduhan yang didakwa ke atasnya dari Mahkamah Sesyen Selayang ke Mahkamah Tinggi di sini.

Hakim Datuk Aslam Zainuddin memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Muhammad Sanusi, 50, selaku pemohon untuk memindahkan kes berkenaan.

"Selepas meneliti hujahan bertulis, afidavit sokongan, notis usul dan hujahan lisan kedua-dua belah pihak iaitu pemohon dan responden, mahkamah ini membenarkan permohonan pemohon (Muhammad Sanusi) untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi," kata hakim itu.

Mengikut dua pertuduhan itu, Muhammad Sanusi didakwa menyebut perkataan menghasut di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara-Kampung Bendahara, Gombak pada 11 malam, 11 Julai tahun lepas.

Dua pertuduhan yang dikenakan ke atasnya adalah mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan1948 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama iaitu denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

Muhammad Sanusi diwakili peguam Awang Armadajaya Awang Mahmud dalam prosiding pendengaran permohonan tersebut

Pada 11 Januari lepas, Muhammad Sanusi mengemukakan permohonan untuk memindahkan kes dan menggantung perbicaraan di Mahkamah Sesyen Selayang ke Mahkamah Tinggi di sini.

Alasan permohonan dibuat ialah perbicaraan yang saksama tidak dapat dijalankan di mahkamah rendah selain mungkin berlaku kesulitan di sisi undang-undang.

Pada 24 Januari lalu, pihak pendakwaan turut membantah permohonan Menteri Besar Kedah itu untuk memindahkan kes hasutan dihadapinya ke Mahkamah Tinggi di sini memandangkan kes itu telah ditetapkan untuk perbicaraan di Mahkamah Sesyen Selayang.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Masri Mohd Daud berkata kes itu juga tidak melibatkan persoalan undang-undang yang sukar atau kompleks seperti didakwa pihak pemohon.

Sebelum ini,Hakim Mahkamah Sesyen Selayang Nor Rajiah Mat Zin menetapkan tarikh perbicaraan untuk dua pertuduhan yang dihadapi Menteri Besar Kedah itu pada 5, 8, 9, 13, 15, 16, 19, 22 dan 23 Februari serta 11,15 dan 18 Mac. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad