web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lembaga Pengampunan Perlu Tolak Permohonan Najib, Sudah Terbukti Beliau Bersalah - MKM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2024 9:41AM

Najib sudah didapati bersalah oleh tiga mahkamah dan sembilan hakim dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lembaga Pengampunan diminta menolak permohonan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana beliau sudah disabitkan bersalah.

Jurucakap Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) berkata, Najib telah dibuktikan bersalah oleh tiga mahkamah dan sembilan hakim, dalam kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Menurut beliau, penyelewengan dilakukan bekas Ahli Parlimen Pekan itu menyebabkan Malaysia dibebani hutang dalam jumlah yang besar.

“Setakat ini kerajaan Malaysia sudah membayar jumlah keseluruhan hutang Malaysia Development Bhd (1MDB) sebanyak RM43.8 bilion, dengan baki hutang yang belum dibayar berjumlah RM9.7 bilion, membabitkan prinsipal RM5 bilion dan faedah RM4.7 bilion.

“Hutang-hutang 1MDB ini terpaksa ditanggung oleh rakyat secara bergenerasi,” katanya.

Tegas beliau, rasuah dan kebobrokan perlu dibasmi sepenuhnya kerana ia berupaya menjahanamkan negara.

“Berapakah sekolah dan hospital boleh dibina jika syarikat tersebut tidak wujud?

“Kami percaya bahawa setiap penyakau harus dihukum di mahkamah dan menjalankan hukumannya dengan penuh,” katanya.

Jelas jurucakap itu, penyelewengan oleh pemimpin utama negara itu memberi pengajaran jelas bahawa sepandai-pandai tupai melompat, 
akhirnya tetap jatuh ke tanah. 

“Jangan kita syok mengejarkan ghanimah apabila berkuasa kerana kebenaran tetap akan muncul.

“Namun, kami berharap agar rakyat Malaysia diberi kesabaran serta meletakkan kepercayaan kepada Yang di-Pertuan Agong dalam membuat keputusan,” katanya.

Isu berkisar status permohonan pengampunan Najib hangat diperkatakan mutakhir ini, selepas sebuah portal yang memetik kenyataan sumber mendakwa, Perdana Menteri keenam itu sudah memperoleh pengampunan.

Laporan berkenaan ditarik semula tidak lama selepas ia disiarkan, malah portal terbabit juga telah membuat permohonan maaf kerana menyiarkan berita yang tidak dapat ditentukan kesahihannya.

Semalam, media Singapura, Channel News Asia (CNA) pula melaporkan, hukuman ke atas Najib dikurangkan kepada enam tahun dan ia disahkan sumber rasmi kerajaan.

Susulan laporan, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyeru media agar menunggu kenyataan rasmi Lembaga Pengampunan sebelum membuat sebarang laporan. - Getaran, 1 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Titah Adendum: Najib Fail Rayuan Untuk Tahanan Rumah

2

Kolum 5 bulan yang lalu

Najib Razak: Segalanya Telah Berakhir

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Kes Najib: Hormati Keputusan Hakim, Tangani Isu Dengan Bijaksana - PM

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Penjara Di Rumah Atau Di Kajang, Nasib Najib Ditentukan Januari 

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 7 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar