web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Serang Polis Dengan Parang, Suspek Kes Bunuh Maut Ditembak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2024 8:19AM

Hussein Omar Khan - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR  - Seorang lelaki warga Indonesia berusia lingkungan 20-an ditembak mati selepas bertindak agresif menyerang anggota polis dengan parang di sebuah pangsapuri di Bukit Subang, Shah Alam, Selangor petang semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, lelaki itu adalah suspek kes bunuh wanita warga Indonesia berusia 19 tahun yang jasadnya ditemukan dengan kesan lapan tikaman di Sungai Way, Petaling Jaya pada Isnin lepas.

Beliau berkata sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Selangor dan JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya menyerbu pangsapuri terbabit pada kira-kira 5.30 petang.

"Ketika serbuan, lelaki itu bertindak agresif dengan menyerang anggota polis menggunakan sebilah parang dan polis melepaskan satu das tembakan bagi mempertahankan diri.

"Suspek disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan sebilah parang panjang berukuran 28 sentimeter dirampas," menurutnyai.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Muhammad Abdul Hafiz Sariee di talian 014-890 5051. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 12 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 17 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad