web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rakam Aksi Seks Untuk Dijual, 6 Wanita Didakwa Hari Ini

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2024 3:46PM

- gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Enam wanita yang dipercayai melakonkan aksi seks bersama seorang lelaki dikenali sebagai ‘Hot Daddy’ akan didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini.

Rakaman aksi seks membabitkan enam wanita berkenaan dipercayai turut dijual melalui media sosial termasuk aplikasi sembang Telegram.

Media melaporkan, kesemua wanita berkenaan sebelum ini ditahan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, minggu lalu menerusi fasa kedua Op Daddy.

Sebelum ini, Pengarah JSJ, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, memaklumkan polis mendapati keenam-enam wanita berkenaan melakukan hubungan seks secara sukarela termasuk ada yang melakukannya kerana bermotifkan keuntungan.

Beliau berkata, semua suspek ditahan reman bagi membantu siasatan untuk mengesan individu lain yang terbabit dalam penghasilan video seks.

Tangkapan itu susulan penahanan lelaki tiga anak dikenali 'Hot Daddy' pada pada 17 Januari lalu kerana merakam dan menjual aksi hubungan intim melalui aplikasi X.

Lelaki itu Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32 dan dua teman wanitanya Norhidayah Mahadi, 24, dan Norshazrina Md Zamri, 27, yang didakwa pada Jumaat lalu, mengaku tidak bersalah mengikut Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34, kerana mempromosikan aktiviti seks untuk keuntungan.

Mereka ditahan oleh pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman dalam serbuan di sebuah rumah di Janda Baik, Pahang.

Jumaat lalu, portal berita Berita Harian yang memetik Mohd Shuhaily, melaporkan kegiatan suspek lelaki itu dikesan melalui maklumat dan risikan JSJ Bukit Aman mengenai kegiatan mempromosikan aktiviti seks dirinya sendiri yang dirakam dan dijual untuk tontonan di platform Telegram.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek utama yang pernah dua kali berkahwin dan bercerai memulakan aktiviti menjual dan mempromosikan ubat kuat seks dari China menerusi platform media sosial, sejak awal tahun lalu.

"Demi mengaut keuntungan lebih tinggi, suspek kemudian mempelajari cara baharu merakam video dia melakukan hubungan seks ganas dengan teman wanitanya sebelum menjual adegan berkenaan dalam tiga saluran di aplikasi Telegram, sejak Julai tahun lalu,” katanya.

Mohd Shuhaily juga dilaporkan berkata, lelaki berkenaan yang juga mempunyai sejarah sebagai seorang gigolo atau lelaki upahan, turut meniduri sebahagian pelanggan wanita yang dihubungi dalam saluran aplikasi Telegram berkenaan.

Katanya, modus operandi yang digunakan adalah dengan mengajak pelanggan melanggan menerusi pautan promosi yang diiklankan dalam aplikasi Telegram oleh suspek sebelum urusan pembayaran dipersetujui.

"Selepas pembayaran dibuat, suspek akan menghantar pautan kepada pelanggan untuk terus menonton video lucah yang dilakonkan dan dirakam suspek sendiri.

"Siasatan juga mendapati setakat kelmarin (16 Januari) suspek mempunyai 2,051 pelanggan untuk pakej 200 video dengan bayaran RM100 dan 622 pelanggan untuk pakej RM20 sebulan bagi 13 video.

"Semua pelanggan aplikasi ini adalah rakyat Malaysia daripada golongan lelaki miang dan wanita kesunyian yang memiliki kerjaya dalam bidang profesional seperti doktor, usahawan dan sektor korporat," katanya.- Getaran, 31 Januari 2024

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 minit yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 8 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad