web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


1 Mac Keputusan Rayuan Bekas ADUN Tronoh Terhadap Sabitan Rogol Amah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2024 8:36PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini menetapkan 1 Mac untuk keputusan rayuan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh Paul Yong Choo Kiong terhadap sabitan dan hukuman penjara 13 tahun dan dua sebatan rotan kerana merogol pembantu rumahnya pada 2019.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail menetapkan tarikh itu selepas mendengar rayuan berkenaan.

Turut sama bersidang, Hakim Datuk Azman Abdullah dan Hakim Datuk S M Komathy Suppiah.

Terdahulu, peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Yong berhujah anak guamnya telah dinafikan hak untuk mendapat perbicaraan yang adil.

Beliau berkata, pemeriksaan balas yang berkesan tidak dapat dicapai kerana wajah saksi, yang juga mangsa tidak dapat dilihat semasa mangsa memberi keterangan.

"Adalah penting bagi perayu untuk bertemu dan berdepan dengan penuduh (mangsa). Ia adalah hak tertuduh untuk memeriksa balas saksi tanpa halangan.

"Bahasa badan, misalnya, perubahan postur, ekspresi muka, gerak isyarat liar dan perubahan suara secara tiba-tiba adalah sebahagian daripada sikap yang memberikan ujian asid kredibiliti," katanya.

Hisyam berhujah hakim perbicaraan telah secara salah menggunakan Seksyen 265A Kanun Prosedur Jenayah yang memihak kepada mangsa, iaitu juga saksi pendakwaan ke-15.

"Peruntukan ini bermula apabila pihak pendakwaan memohon kepada mahkamah untuk melindungi identiti saksi dan apabila permohonan itu dibuat, mahkamah akan mengadakan inkuiri menerusi kamera tanpa penyertaan tertuduh atau peguamnya.

"Keterangan oleh saksi tidak dapat dilihat dan hanya suara dapat didengar," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Mohd Amril Johari berhujah adalah normal bagi mangsa rogol untuk memberi keterangan di mahkamah tanpa berdepan dengan mana-mana pihak kecuali hakim yang mengendalikan perbicaraan itu.

"Perayu mendakwa beliau tidak mendapat perbicaraan yang adil adalah tidak benar kerana beliau mempunyai hak untuk memeriksa balas mangsa," kata Mohd Amril yang turut dibantu oleh TPR Mohd Fuad Abd Aziz.

Pada 27 Julai 2022, Mahkamah Tinggi Ipoh mendapati Yong, 53, bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia berusia 23 tahun dalam bilik di rumahnya di Ipoh, Perak antara 8.15 dan 9.15 malam, 7 Julai 2019.

Yong diberi penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan.

Mahkamah Tinggi membenarkan Yong dibebaskan dengan ikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan beliau menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Wahab Mohamed dalam keputusannya berkata, mahkamah bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa pembelaan Yong bahawa insiden rogol itu tidak berlaku, tidak boleh dipercayai, hanya penafian dan difikirkan kemudian. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Selangor FC Akan Fail Rayuan Rasmi Kepada MFL

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Status Agama Islam: Mahkamah Tolak Rayuan Wanita

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Keputusan Rayuan Siti Bainun Diketahui 24 April Ini

4

Semasa 2 tahun yang lalu

eMADANI: 6.5 Juta Permohonan Lulus, RM650 Juta Sudah Dikreditkan

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Tanah Sungai Cot: Tengku Ampuan Pahang Tawar Tanah Untuk Keluarga Orang Asli Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

oleh Sophia Ahmad