web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kedudukan Malaysia Dalam Skor Indeks Persepsi Rasuah Bertambah Baik

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2024 8:02PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International meningkat sebanyak tiga mata kepada 50 dalam 2023 daripada 47 dalam 2022, kata Presiden Transparency International-Malaysia (TI-M), Dr Muhammad Mohan.

Beliau berkata, antara faktor yang mungkin menyebabkan lonjakan itu termasuk tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendakwa ahli politik berprofil tinggi, selain daripada kebebasan badan kehakiman.

"Satu daripada punca peningkatan dalam kedudukan CPI ialah kebebasan berterusan badan kehakiman di negara ini.

la juga mungkin berpunca daripada perwakilan demokratik, penyertaan dan peralihan kuasa. Malaysia meningkat ke kedudukan ke-40 di peringkat global dalam Indeks Demokrasi oleh 'Economic Intelligence Unit' pada 2022, memperoleh skor 7.3 daripada 10.

Biarpun wujud kestabilan politik, terdapat peningkatan dalam penglibatan pengundi kerana UNDI 18, selain Malaysia menyaksikan peralihan kuasa yang lancar pasca Pilihan Raya Umum ke-14 dan ke-15, menunjukkan kewujudan dan hormat kepada prinsip demokrasi," katanya ketika mengumumkan keputusan terkini CPI TI-M 2023 di sini, hari ini.

Keputusan kajian itu menunjukkan skor Malaysia melonjak kepada 50 mata dalam 2023 pada skala daripada 0 (dilihat sebagai tersangat korup) hingga 100 (dilihat sebagai tersangat bersih), berbanding 47 mata dalam 2022.

Ranking Malaysia dalam CPI melonjak daripada 61 dalam 2022 kepada 57 pada 2023 daripada kajian ke atas 180 negara itu.

Dr Muhammad juga menasihatkan Malaysia supaya tidak terlalu selesa dengan kedudukan CPI kerana walaupun kedudukannya bertambah baik, banyak lagi mesti perlu dilakukan bagi memastikan penambahbaikan dari tahun ke tahun untuk memenuhi sasaran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Malaysia menduduki tangga 25 teratas dunia dalam CPI pada 2033.

Beliau berkata, antara perkembangan positif yang berlaku selepas Kerajaan Perpaduan menjadi kerajaan adalah arahan Perdana Menteri supaya meningkatkan tata kelola kerajaan, siasatan semasa terhadap kekayaan yang tidak diisytiharkan bekas ahli politik dan menetapkan sasaran CPI negara dalam tempoh 10 tahun - menduduki tangga 25 teratas dalam ranking global.

CPI, yang mengambil kira 13 kajian dan penilaian pakar untuk mengukur tahap tanggapan rasuah dalam sektor awam di 180 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Pada tahun ini Denmark, Finland dan New Zealand adalah tiga negara teratas dalam indeks itu dengan skor masing-masing 90, 87 dan 85 mata serta mereka dianggap sebagai 'negara-negara bersih', sementara Syria, Venezuela dan Somalia berada di kedudukan bawah indeks itu masing-masing di tangga 13, 13 dan 11. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Skor CPI Malaysia 2022 Merosot Kepada 47 Mata

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Anwar Perlu Penuhi Komitmen Antirasuah, Lonjakkan Pencapaian CPI 2023

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 22 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad