web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Skor CPI Malaysia 2022 Merosot Kepada 47 Mata

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2023 5:24PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia untuk tahun lalu merosot kepada 47 mata, lapor Transparency International-Malaysia (TI-M) .

Daripada markah 53 pada 2019, kedudukan Malaysia jatuh enam mata dalam tempoh tiga tahun.

Berdasarkan slaid pembentangan Presiden TI-M, Dr Muhammad Mohan, kurangnya kemahuan politik dalam memerangi rasuah institusi dikenal pasti sebagai antara faktor kemerosotan.

Selain itu, jelasnya, kemerosotan itu juga diakibatkan oleh pembaharuan institusi yang telah terhenti.

“Kemerosotan ini adalah signifikan dari segi statistik, menunjukkan bahawa kita sedang menuju ke arah yang salah berkaitan dengan usaha melawan rasuah, menyokong hak asasi manusia dan demokrasi dalam sektor awam,” katanya.

Untuk makluman, skor 0 dianggap sangat korup dan 100 dianggap sangat bersih.

Sementara itu, Muhammad berkata, terdapat juga perkembangan positif dari aspek CPI di negara ini, antaranya pendakwaan dalam kes SRC International yang membuktikan kebebasan institusi kehakiman.

Dalam pada itu, tambahnya, faktor pemeteraian memorandum persefahaman (MOU) antara kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini dengan Pakatan Harapan (PH), turut membawa perkembangan positif.

“Ia ditambah juga dengan pengumuman positif oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

“Tadbir urus baik, usaha memerangi rasuah dan kebebasan kehakiman dikenal pasti sebagai isu teras,” katanya. - Getaran, 31 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kedudukan Malaysia Dalam Skor Indeks Persepsi Rasuah Bertambah Baik

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Ringgit Dijangka Diniaga Dalam Julat Terhad Menjelang Data Inflasi AS

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Anwar Perlu Penuhi Komitmen Antirasuah, Lonjakkan Pencapaian CPI 2023

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 21 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran