web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ringgit Dijangka Diniaga Dalam Julat Terhad Menjelang Data Inflasi AS

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2023 11:15AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ringgit dijangka didagangkan dalam julat terhad pada paras 4.5100-4.5200 berbanding dolar AS menjelang data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang keluar pada pertengahan minggu depan.

Ketua Ekonomi dan Analisis Pasaran dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata “pasaran akan bertindak balas berdasarkan laporan inflasi AS”.

“Mungkin, tiada sebarang petunjuk baharu yang menghalang ahli Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS daripada mengulas secara terbuka kepada orang awam sebelum tarikh mesyuarat sepatutnya memberikan sedikit kestabilan dalam pasaran mata wang,” katanya kepada Bernama.

Data indeks harga pengguna (CPI) AS akan dikeluarkan minggu depan sebelum FOMC bermesyuarat dari 21-22 Mac.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata prospek kenaikan semula dalam kadar kenaikan Rizab Persekutuan AS (Fed) kembali menjadi tumpuan.

“Hala tuju ringgit akan sangat bergantung pada sama ada data makro AS yang akan datang membolehkan Fed mengekalkan kadar kenaikan 25 mata asas semasanya, yang bermakna senarai gaji bukan ladang (NFP) AS yang kurang memberangsangkan dan data inflasi yang lebih lemah.

“Dalam kes itu, ia boleh memberikan sedikit kelegaan untuk ekuiti Malaysia apabila minyak dan komoditi lain meningkat, terutamanya jika data aktiviti akan datang menyokong keyakinan berkaitan China, (menyebabkan) kekuatan dolar AS baru-baru ini susut,” katanya.

Innes berkata bahawa buat masa ini, risiko cenderung ke arah kadar faedah AS yang lebih tinggi dan dolar AS yang lebih kukuh.

“Pada Jumaat, dagangan agak lengang, dengan ringgit didagangkan secara defensif menjelang pengeluaran data NFP. Saya percaya kita akan menghampiri kemuncak Fed memandangkan inflasi AS dijangka terus menurun.

“Saya fikir ringgit mampu diniagakan lebih baik minggu depan apabila data aktiviti China keluar tetapi data ekonomi AS perlu membantu; ringgit mungkin didagangkan pada 4.5050 hingga 4.5350. Tetapi saya lebih yakin dengan ringgit berbanding konsensus,” katanya.

Kenanga Research berkata mata wang tempatan itu dijangka mengakhiri aliran menurunnya dan didagangkan sedikit lebih kukuh berbanding dolar AS jika aliran CPI AS menurun, dengan tahap rintangan pada 4.4850.

“Sebaliknya, penembusan di atas paras 4.5380 mungkin menandakan lanjutan aliran kenaikan dolar AS,” katanya.

Mata wang tempatan mengakhiri minggu ini dengan ditutup rendah berbanding dolar AS.

Pada asas minggu ke minggu, ringgit lebih lemah berbanding dolar AS pada 4.5180/5220 ketika ditutup pada Jumaat berbanding 4.4765/4780 seminggu sebelumnya.

Mata wang tempatan itu juga susut berbanding sekumpulan mata wang utama berbanding minggu sebelumnya.

Ia merosot berbanding pound Britain pada 5.4148/4196 daripada 5.3642/3660 dan menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.3316/3351 daripada 3.3255/3269.

Ringgit juga susut berbanding euro kepada 4.7823/7865 daripada 4.7487/7503 dan turun berbanding yen Jepun kepada 3.3038/3070 daripada 3.2877/2890. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Akaun 3 KWSP: Penyelesai Masalah Atau Senjata Makan Tuan?

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Jangan Jadikan Kelemahan Ringgit Senjata Politik - Anwar

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Kerajaan Tidak Pandang Ringan Penurunan Ringgit - PM

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 22 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi