web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JBPM Rancang Penubuhan Majlis Bangunan Super Tinggi Malaysia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2024 4:27PM

Penubuhan Majlis Bangunan Super Tinggi Malaysia bertujuan meningkatkan dan mempromosikan keselamatan kebakaran di bangunan super atau paling tinggi. - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mencadangkan penubuhan Majlis Bangunan Super Tinggi Malaysia bagi meningkatkan dan mempromosikan keselamatan kebakaran di bangunan super atau paling tinggi.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM Datuk Ahmad Izram Osman berkata majlis itu juga sebagai medium perkongsian pengetahuan dan amalan terbaik dalam hal berkaitan keselamatan kebakaran.

Beliau berkata ia penting kerana keselamatan kebakaran bukan hanya tanggungjawab pihak berkuasa, tetapi juga semua pihak yang terlibat dalam pengurusan dan operasi bangunan.

“(Majlis ini) menyediakan program latihan, pendidikan, pencegahan dan kesedaran awam keselamatan kebakaran kepada semua pihak yang terlibat dalam menghadapi situasi kecemasan. la juga memudahkan bagi pertukaran maklumat dan idea berkaitan perkara-perkara keselamatan kebakaran.

"la membolehkan kolaborasi dan berinteraksi dengan JBPM dalam aspek pelan bangunan, sijil perakuan bomba (FC), pelesenan dan Kesedaran awam mengenai pengecaman frekuensi radio (RFID), kenderaan elektrik (EV) serta panel solar untuk membantu membentuk dasar dan perundangan JBPM," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Seminar Organisasi Keselamatan Kebakaran 2024 JBPM di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini hari ini.

Ahmad Izram berkata amat penting untuk memastikan bahawa bangunan seumpama itu mematuhi standard keselamatan yang tinggi dan berdaya tahan terhadap pelbagai jenis ancaman kebakaran.

Beliau berkata perancangan Majlis Bangunan Super Tinggi Malaysia dicetuskan pada Pemukiman dan Penjajaran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang telah diadakan awal bulan ini.

Menurut Ahmad Izram antara fokus utama pada pemukiman adalah membentangkan tujuh teras dan 125 pelan tindakan bagi pelan strategi KPKT 2021-2025 dan melalui teras keenam iaitu Merakyatkan Perkhidmatan Kebombaan yang Responsif dan Efektif, ia sinonim dengan peranan JBPM.

"Satu daripada pelan bagi merealisasikan teras keenam itu ialah menubuhkan Pusat Kecemerlangan dalam bidang kebombaan melalui penubuhan Majlis Bangunan Super Tinggi Malaysia.

"Bangunan super tinggi ialah bangunan yang diduduki dengan ketinggian melebihi 300 meter, terdapat enam bangunan seumpama itu di Malaysia iaitu KL Tower, Kuala Lumpur City Centre, TRX Exchange, Menara Merdeka 118, Four Seasons dan Menara TM. Penubuhan Majlis Bangunan Super Tinggi Malaysia sangat signifikan," katanya.

Seminar Organisasi Keselamatan Kebakaran 2024 diadakan bagi memberi pendedahan dan maklumat terkini antaranya pindaan terbaharu undang-undang berkaitan keselamatan kebakaran, Peraturan-peraturan Perkhidmatan Bomba, Perintah Tetap Ketua Pengarah, pelaksanaan Perakuan Bomba dan Keselamatan Kebakaran.

Seminar sehari itu disertai 20 pempamer keselamatan kebakaran dan lebih 930 peserta daripada pelbagai organisasi antaranya wakil premis ditetapkan seperti hotel, bangunan pejabat dan stadium selain pegawai kanan bomba. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad