web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah Selamat Tiba Di Pahang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2024 1:13PM

Ketibaan Seri Paduka Berdua selamat tiba di Pahang. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah selamat tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini, selepas tamat tempoh lima tahun bersemayam di Istana Negara.

Pesawat khas membawa Sen Paduka berdua yang berlepas dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), mendarat di sini pada pukul 11.55 pagi.

Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua disambut oleh anakanda Seri Paduka, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, kerabat diraja, dan barisan pemimpin kerajaan negeri, diketuai Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail serta ribuan rakyat negeri Pahang.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah seterusnya berangkat ke Pentas Diraja sebelum kawalan kehormatan mempersembahkan 'Hormat Diraja' disusuli lagu Negaraku dan lagu negeri 'Allah Selamatkan Sultan Kami', dengan diiringi tembakan meriam 21 das oleh Rejimen ke-7 Artileri Diraja,Kem Batu 3, Temerloh.

Al-Sultan Abdullah yang memakai 'muskat' iaitu pakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong kemudian berkenan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama, diikuti bacaan doa oleh Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman dan persembahan 'Hormat Diraja' buat kali kedua serta lagu Negaraku dan Allah Selamatkan Sultan Kami. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 minit yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 8 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad