web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perarakan Penuh Warna-Warni Sambut Agong, Raja Permaisuri Di KLIA

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2024 12:31PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Perarakan megah dan penuh warna-warni menyambut keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Menampilkan pesona dan keindahan warisan budaya Melayu, perarakan yang diatur kemas itu bukan sahaja menarik perhatian pasangan diraja, tetapi juga penduduk tempatan dan pelancong yang berkumpul di sekitar KLIA untuk menyaksikan acara yang diadakan bersempena dengan istiadat keberangkatan balik Seri Paduka berdua ke Pahang hari ini.

Perarakan sejauh kira-kira 200 meter yang bermula dari persimpangan masuk Kompleks Bunga Raya menuju ke anjung kompleks berkenaan merupakan simbolik bagi menghidupkan semula zaman kegemilangan raja-raja Melayu dahulu kala, yang diinspirasikan daripada buku hikayat Sulalatus Sulatin atau Sejarah Melayu.

Dua ekor gajah iaitu Myan Thon Pian dan Rambai mengepalai perarakan itu yang turut disertai pemain genderang, hulubalang gagah perkasa, pembesar istana, kundang, biduanda, embuai, pembawa tombak dan inang istana. 

Turut serta ialah pembawa sirih junjung, bunga emas, replika pohon beringin, payung kuning dan pembawa panji diraja diikuti rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama.

Ia disusuli dengan kenderaan membawa Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah serta diakhiri dengan 16 ekor kuda daripada Skuadron Istiadat Berkuda Rejimen ke-21 Kor Armor Diraja (Istiadat).

Sebanyak 399 peserta antaranya daripada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) serta kumpulan kesenian dan kebudayaan beberapa negeri menyertai perarakan yang mengambil masa lebih 30 minit, sambil diiringi lagu nobat diraja yang menggunakan peralatan muzik tradisional Melayu iaitu serunai, nafiri, gendang ibu, gendang anak dan gong. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad