web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Laungan ‘Daulat Tuanku’ Bergema Di KLIA Sebelum Pesawat Agong Berlepas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2024 11:37AM

Pesawat khas yang membawa Seri Paduka Baginda berdua berlepas pulang ke Pahang, kira-kira jam 11.15 pagi. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Suasana hiba menyelubungi Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong melangkah ke pesawat yang akan membawa baginda berdua kembali ke Pahang.

Perasaan syahdu jelas tergambar di wajah mereka yang hadir, tidak kurang juga yang gigih berusaha merakamkan momen keberangkatan balik Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang telah memberikan khidmat cemerlang kepada negara. 

Terdahulu, pasangan diraja itu yang tiba di pekarangan Kompleks Bunga Raya pada 10.20 pagi disambut oleh Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Turut sama menyambut ketibaan Seri Paduka ialah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut berkenan bergambar dengan dua ekor gajah, Myan Thon Pian dan Rambai yang mengepalai perarakan menyambut ketibaan Seri Paduka di KLIA selain bersama Pasukan Istiadat berkuda yang turut menyertai perarakan berkenaan. 

Seri Paduka berdua kemudiannya bersalaman dengan hadirin yang berada di Kompleks Bunga Raya, sesekali Tunku Azizah dilihat menyeka air mata.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah juga berkenan berada di atas pentas Diraja bagi menyaksikan persembahan “Lambaian Kasih” oleh peserta perarakan pelbagai kaum yang menampilkan persembahan tarian, diiringi lagu "Daulat Tuanku".

Rata-rata tidak dapat menyembunyikan perasaan terharu saat Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah yang berdiri di hadapan pintu pesawat khas, melambai ke arah hadirin dan kenamaan sambil memberi isyarat mini love dan flying kiss sebelum pintu pesawat ditutup bagi membawa pasangan diraja itu ke Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kuantan, Pahang. 

Pada masa sama, laungan "Daulat Tuanku" turut bergema sebanyak tiga kali bagi mengiringi lambaian akhir kedua-dua Seri Paduka selaku Yang di-Pertuan Agong ke-16. 

Pesawat khas yang membawa Seri Paduka diterbangkan oleh Kapten Ahmad Najhan Mohd Jamil berlepas pada 11.16 pagi, diiringi dua pesawat pejuang F/A-18D Hornet TUDM yang dikemudi oleh Mejar Saifirudin Bahari dan Mejar Mohammad Afendie Mohammad Idir. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 8 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad