web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Fadhlina, Dr Zaliha Dan Tengku Zafrul Ucap Selamat Maju Jaya Kepada Calon SPM 2023

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2024 9:05AM

Ucapan selamat maju jaya daripada Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon yang akan menduduki peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 bermula hari ini hingga 7 Mac.

Menerusi hantaran di Facebook, semalam, Fadhlina turut mendoakan kejayaan semua calon yang menduduki peperiksaan itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa menerusi Facebook beliau turut merakamkan ucapan sama kepada calon SPM 2023.

"Semoga memperoleh kecemerlangan dan kejayaan. Selamat Maju Jaya!" kata Dr Zaliha dalam hantarannya.

Sementara itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk, Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz turut tidak ketinggalan mengambil peluang mengeluarkan video pendek sempena calon SPM yang akan menduduki peperiksaan bertulis itu hari ini.

Di dalam video berdurasi satu minit 21 saat tu, Tengku Zafrul meminta calon SPM usah mensia-siakan peluang yang ada dan meminta mereka berusaha sehabis baik demi masa depan.

"Sekolah itu tujuannya nak jadikan kita insan yang seimbang, tahulah serba serbi pasal dunia ini. Jadi kita belajarlah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Sains dan subjek-subjek lain sebagai persediaan.

"Bila kita dah tamat alam persekolahan, Insya-Allah ilmu yang kita ada itu akan memudahkan kita untuk memilih karier yang sesuai," katanya dalam hantaran di Facebook rasminya.

Baru-baru ini tular beberapa pempengaruh media sosial mengganggap hadir ke sekolah adalah satu pembaziran dan SPM tiada sebarang nilai langsung kerana tidak membantu dalam kehidupan mereka.

Secara keseluruhan, seramai 395,870 orang calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM 2023 di 3,340 pusat peperiksaan seluruh negara yang berlangsung dari 8 Januari hingga 7 Mac depan, melibatkan tiga jenis ujian iaitu ujian bertutur, mendengar dan peperiksaan bertulis. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Semasa 25 minit yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 23 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad