web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zoo Johor Bakal Dibuka Semula April Ini - Onn Hafiz

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2024 8:17AM

Bayangan artis bagaimana wajah baharu Zoo Johor apabila kerja menaik taraf fasa satu siap menjelang April ini. - gambar Facebook Onn Hafiz Ghazi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Zoo Johor yang kini ditutup bagi pelaksanaan kerja-kerja menaik taraf fasa satu akan dibuka semula kepada orang ramai pada April ini.

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata zoo yang akan berwajah baharu itu bakal menjadi antara daya tarikan di Johor sekali gus meletakkan negeri ini sebagai destinasi pilihan utama pelancong.

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika meninjau progres kerja menaik taraf Zoo Johor. - gambar Facebook Onn Hafiz Ghazi
Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika meninjau progres kerja menaik taraf Zoo Johor. - gambar Facebook Onn Hafiz Ghazi

"Menerusi lawatan hari ini, saya dimaklumkan kerja-kerja penyelenggaraan meliputi lima zon utama iaitu balai ketibaan, pintu masuk utama, pekarangan, sebahagian sangkar burung serta tempat penyediaan makanan haiwan yang baharu.

"Kerja-kerja penyelenggaraan ini dilaksanakan mengikut garis masa yang ditetapkan," katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri akan sentiasa komited untuk memperkukuh dan memperbaiki kualiti perkhidmatan dengan menambah baik segala infrastruktur dan kemudahan pelancongan bagi menjadikan Johor sebagai destinasi pelancongan terbaik di rantau ini.

Bayangan artis bagaimana wajah baharu Zoo Johor, selepas kerja menaik taraf selesai menjelang April ini. - gambar Facebook Onn Hafiz Ghazi
Bayangan artis bagaimana wajah baharu Zoo Johor, selepas kerja menaik taraf selesai menjelang April ini. - gambar Facebook Onn Hafiz Ghazi

Baru-baru ini, kerajaan negeri menerima peruntukan tambahan sebanyak RM2 juta daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bagi kerja-kerja menaik taraf zoo itu.

Zoo Johor yang terletak di pusat bandar raya ini, mula dibuka pada 1928, juga zoo tertua negara dengan keluasan 12.5 hektar serta mempunyai lebih 100 spesis haiwan. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad