web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mahkamah Ketepikan Perintah Larangan Bersuara Terhadap Penerbit Filem Mentega Terbang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2024 4:13PM

Pengarah, Mohd Khairianwar Jailani dan penerbit Mentega Terbang, Tan Meng Kheng selepas didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur baru-baru ini. -gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengetepikan perintah larangan bersuara ke atas penerbit filem Mentega Terbang, Tan Meng Kheng yang melarang beliau daripada membuat sebarang kenyataan atau komen berhubung kesnya yang sedang berjalan.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin dalam keputusannya berkata pihak pendakwaan selaku responden dalam kes itu, gagal memenuhi bahawa terdapat risiko sebenar dan besar terhadap keadilan perbicaraan.

"Prosiding di hadapan Mahkamah Majistret tidak mendedahkan sebarang ancaman yang jelas atau akan berlaku terhadap keadilan perbicaraan.

"Tidak ada bahan di hadapan mahkamah untuk menunjukkan bahawa terdapat risiko yang nyata dan besar terhadap keadilan perbicaraan.

"Oleh itu, perintah larangan bersuara yang dikeluarkan oleh Majistret adalah tidak wajar dan perintah larangan ini diketepikan," kata hakim itu.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Aling dan Nadia Mohd Izhar mewakili responden manakala peguam N Surendran bagi pihak Tan selaku pemohon.

Tan memfailkan permohonan semakan itu pada 18 Januari lepas bagi mencabar perintah larangan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret atas alasan larangan itu menyalahi undang-undang dan menyekat kebebasan bersuara.

Pada 17 Januari lepas, pengarah, Mohd Khairianwar Jailani, 32, dan penerbit, Tan, 36, didakwa di dua Mahkamah Majistret berasingan atas pertuduhan melukakan perasaan agama orang lain melalui filem itu, tahun lepas.

Mereka didakwa dengan sengaja melukakan perasaan agama orang lain dengan melafazkan perkataan-perkataan dalam pendengaran dan meletakkan objek-objek dalam penglihatan orang di sebuah premis di Jalan Semarak Api di sini pada 12.34 tengah hari 26 Februari 2023.

Mohd Khairianwar, yang juga penulis skrip dan Tan didakwa mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mohd Khairianwar dan Tan masing-masing dikat jamin RM6,000 dan RM6,500 dengan seorang penjamin serta perlu melapor diri di balai polis berhampiran sehingga selesai perbicaraan.

Majistret juga turut membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk perintah larang suara ke atas kedua-dua tertuduh daripada membuat sebarang komen atau kenyataan secara umum berhubung kes mereka sehingga kes selesai.

Sebelum ini, Kementerian Dalam Negeri mengharamkan tayangan dan publisiti filem itu menerusi Warta Kerajaan P.U (A) 2662 Akta Penapisan Filem 2002 Perintah Penapisan Filem (Larangan) 2023 bertarikh 21 Ogos 2023 yang ditandatangani oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Filem itu, yang ditayang menerusi platform penstriman video, telah mengundang kecaman dan kegusaran orang awam kerana didakwa memaparkan adegan dengan unsur bertentangan fahaman serta kepercayaan agama. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar