web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Al-Sultan Abdullah Sangat Berhemah, Tenang Ketika Buat Keputusan Semasa Krisis Politik

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2024 8:08AM

Yang di-Pertuan Agong Al-Suitan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Suitan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sangat berhemah dan tidak tergopoh-gapah ketika membuat keputusan berhubung krisis politik sepanjang lima tahun pemerintahan baginda.

Penasihat Undang-Undang Yang di-Pertuan Agong Datuk Abdul Rahman Putra Taha berkata Al-Sultan Abdullah terserlah dengan kewibawaan baginda yang sentiasa tenang menghadapi kemelut politik dan krisis Perlembagaan.

"Saya berasa begitu bertuah dan bernasib baik secara peribadi… dan saya merasakan memang Allah SWT telah memilih Al-Sultan Abdullah untuk berada bersama kita ketika negara menghadapi krisis.

"Tuanku berhemah sekali, walaupun ada yang mengkritik, Tuanku berbincang dan menjemput Raja-Raja Melayu dan itulah kekuatan Tuanku yang sebenarnya.

"Setelah mendapat pandangan dan bermusyawarah, Tuanku akhirnya membuat keputusan Tuanku sendiri. Itu yang pentingnya, baginda membuat keputusan selepas mendapatkan semua fakta dan angka serta maklumat yang diperlukan," katanya.

Selaku individu paling dekat dengan Al-Sultan Abdullah berkaitan hal-hal perundangan, beliau menyifatkan Seri Paduka sebagai pemimpin yang tepat bagi mengemudi negara ketika berdepan pelbagai krisis pentadbiran.

Abdul Rahman juga berkata kewibawaan Al-Sultan Abdullah menjadi pencetus idea penerbitan e-buku bertajuk Test of A King yang dilancarkan di Istana Negara semalam.

E-buku 66 muka surat itu berkisar tentang kebijaksanaan dan dedikasi baginda dalam mengharungi serta mengemudi negara melalui pelbagai cabaran semasa ketidaktentuan politik.

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif pula berkata Seri Paduka telah membuat keputusan yang tepat berkaitan pelantikan Perdana Menteri kelapan hingga kesepuluh.

“Apa yang Tuanku lakukan dalam pelantikan Perdana Menteri adalah konsisten dengan apa yang telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan serta Mahkamah Persekutuan sebelum ini dalam kes Datuk Dr Zambry Abd Kadir melawan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, dan saya adalah seorang daripada hakim yang terlibat.

"Saya amat bertuah kerana dipelawa untuk menyumbang satu artikel dalam e-buku Tuanku," katanya.

Bagi bekas Presiden Badan Peguam Malaysia (2011-2013) Datuk Lim Chee Wee, jemputan untuk menjadi antara penulis e-buku itu adalah satu penghormatan dan memberi peluang kepada beliau merumuskan kebijaksanaan Tuanku dari sudut pandangan seorang peguam.

"Ini adalah ringkasan paling menarik yang pernah saya berikan mengenai pemerintahan Tuanku dan pengajaran yang kita boleh dapat daripada baginda.

“Seperti yang telah saya nyatakan dalam artikel itu, perkara seperti ini belum pernah berlaku dan keputusan Seri Paduka menjadi duluan yang bakal menjadi ikutan raja-raja di negara kita pada masa akan datang," katanya.

Al-Sultan Abdullah akan menamatkan pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Januari ini dan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Januari. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 9 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad