web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


NRES Tunggu Laporan Lengkap Tanah Runtuh Cameron Highlands

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2024 8:08PM

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUTTERWORTH - Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) menunggu laporan lengkap berhubung kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands, Pahang, pada Jumaat lepas yang meragut lima nyawa, sebelum mengambil sebarang tindakan.

Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad berkata pihaknya memberi perhatian serius berhubung kejadian itu kerana tidak mahu perkara tersebut berulang pada masa hadapan.

Tentang insiden terbaharu di Cameron Highlands, kementerian (NRES) sedang menunggu laporan lengkap dan perlu mendapat gambaran sebenar kejadian tersebut sebelum mengambil tindakan seterusnya.

"Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam bersama pihak lain seperti pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri juga sedang kumpul maklumat tersebut dan akan memaklumkan tindakan segera yang perlu diambil," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Nik Nazmi yang juga Naib Presiden PKR ditemui selepas merasmikan Pejabat PKR Cabang Bagan di Taman Segar Jaya di sini hari ini.

Beliau berkata laporan kejadian itu melibatkan mineral geosains, kawasan perhutanan dan alam sekitar yang perlu diberi perhatian serius.

Jumaat lepas, lima warga Myanmar termasuk seorang wanita yang iaitu pekerja ladang sayur, tertimbus selepas rumah yang mereka huni terlibat dalam insiden tanah runtuh pada kira-kira 2.40 pagi di Batu 59, Blue Valley, Cameron Highlands.

Pegawai Daerah Cameron Highlands Syed Ahmad Khirulanwar Al-Yahya Syed Abdul Rahman dilaporkan berkata kebun sayur seluas kira-kira 4.31 hektar itu diusahakan secara haram sejak lebih setahun lepas, malah pernah disita Jabatan Perhutanan pada April dan pengusahanya juga pernah ditahan sebelum ini. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad