web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SPRM Nafi Dakwaan Tidak Bertindak Ke Atas Akuan Bersumpah Abdul Murad Terhadap Anwar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2024 8:39PM

- gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa ia tidak menyiasat isu yang dibangkitkan dalam akuan bersumpah bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Abdul Murad Khalid terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berdasarkan rekod, SPRM berkata pihaknya yang sebelum ini dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah membuka enam kertas siasatan untuk menyiasat Anwar susulan akuan bersumpah Abdul Murad pada 26 Oktober 1999.

“Siasatan telah dijalankan secara mendalam, menyeluruh dan terperinci dengan bantuan BNM (Bank Negara Malaysia) termasuk di dalam dan luar negara seperti United Kingdom dan Singapura. Hasil siasatan menunjukkan tiada sebarang kes terhadap Anwar," menurut SPRM dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu menyebut keenam-enam kertas siasatan telah dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara pada 12 Ogos 2002 yang memutuskan tiada pertuduhan dikenakan kepada mana-mana pihak.

“Justeru, SPRM ingin menekankan bahawa dakwaan BPR atau SPRM tidak menjalankan siasatan terhadap Anwar berhubung akuan bersumpah Abdul Murad adalah tidak benar sama sekali malah perkara tersebut berlaku semasa kepimpinan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri," katanya.

Baru-baru ini, Dr Mahathir berkata akuan bersumpah itu mendakwa Anwar memiliki lebih RM3 bilion dalam 20 akaun bank ketika menjadi Menteri Kewangan. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 11 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar