web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Daim Sedia Berdepan Pendakwaan Di Hospital – Isteri

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2024 7:10PM

Toh Puan Naimah Abdul Khalid ketika dibawa ke mahkamah semalam. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isteri bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Naimah Abdul Khalid, berkata suaminya bersedia untuk didakwa di hospital jika perlu.

Wanita berusia 66 tahun itu berkata Daim sedia berdepan dengan sebarang pertuduhan di mana-mana sahaja dan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk membela diri mengikut lunas undang-undang.

Beliau berkata suaminya telah dimasukkan ke wad serta sedang menjalani rawatan dan tertakluk kepada kebenaran hospital serta pasukan perubatan, Daim bersedia berdepan pendakwaan di hospital.

"Kami menyerahkan perkara ini kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki untuk membuat keputusan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Naimah mengulas laporan media yang memetik Azam sebagai berkata Jabatan Peguam Negara sudah memberikan lampu hijau 'lebih seminggu lepas' untuk meneruskan pendakwaan terhadap Daim di bawah Akta SPRM.

Bagaimanapun, perkara itu tidak dapat dilakukan kerana beliau telah dimasukkan ke hospital.

Baru-baru ini, dilaporkan bahawa pertemuan Daim dengan SPRM untuk merakam keterangan beliau berhubung sumber kekayaan terpaksa ditangguhkan selepas ahli perniagaan berusia 85 tahun itu dimasukkan ke hospital. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 11 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad