web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Buru Suspek Tembak MPV

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2024 6:55PM

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun melihat kerosakan pada MPV yang terkena tembakan. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Polis giat memburu suspek dipercayai melepaskan tembakan ke arah sebuah kereta peronda polis (MPV) model Proton Preve ketika cuba ditahan berhampiran Jalan Panji di sini, semalam.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata kejadian berlaku pada 3.30 pagi, ketika polis membuat rondaan cegah jenayah susulan laporan berlaku kes pecah rumah di kawasan berkenaan.

"Semasa rondaan dilakukan, anggota berkenaan telah mengesan sebuah kereta jenis Perodua Viva yang dipandu dalam keadaan mencurigakan sebelum bertindak mengejar kenderaan dinaiki suspek.

"Sebaik tiba di Jalan Perempuan Zainab II, penumpang hadapan kenderaan tersebut melepaskan satu das tembakan dan mengenai cermin hadapan sebelah kanan MPV polis sebelum melarikan diri," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Muhamad Zaki berkata dua anggota polis yang berada dalam MPV berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan pihaknya berjaya menemukan kereta suspek di Taman Desa Rahmat, Kubang Kerian.

'Siasatan lanjut dilakukan dan polis sudah mengenal pasti identiti suspek. Kita percaya suspek tinggal di sebuah bilik yang dijadikan inap desa. Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

“Pada masa sama siasatan dilakukan di bawah Seksyen 39(a) Akta Senjata Api 1960," katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Muhamad Zaki berkata polis menahan tiga lelaki dan merampas dua pistol termasuk satu pistol tiruan menerusi dua serbuan berasingan di Kampung Pasir Kelang, Kuala Krai, semalam.

Beliau berkata kesemua suspek yang juga penganggur dan buruh berusia 31 hingga 45 tahun itu ditahan di dua rumah berasingan pada 11 pagi dan 7.30 malam.

"Ketiga-tiga suspek ditahan reman selama seminggu bermula hari ini hingga Selasa depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat 1971," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 11 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad