web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kertas Siasatan Kenyataan Dr Mahathir Dijangka Dirujuk Kepada AGC

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2024 4:39PM

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain pada sidang media selepas menyaksikan upacara serah terima tugas Ketua Polis Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Kertas siasatan berhubung kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai masyarakat India yang didakwa tidak setia kepada negara, dijangka dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam masa tiga hingga empat hari lagi, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

"Semalam kita sudah ambil percakapan Tun Dr Mahathir dan siasatan diteruskan.

Dalam masa tiga hingga empat hari lagi, mungkin kertas siasatan akan dirujuk kepada pihak AGC, selepas siasatan kita selesai," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan upacara serah terima tugas Ketua Polis Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Beliau juga menafikan kenyataan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu yang mendakwa disoal siasat umpama seorang penjenayah dan berkata polis hanya menjalankan tugas dengan meneruskan siasatan.

"Pada pihak kita, kita teruskan siasatan dan dikatakan sebagai penjenayah... ini adalah siasatan polis, kita perlu lengkapkan siasatan kita, kalau kita tak lengkapkan (siasatan), kita seolah-olah (macam) berat sebelah

"... kita ambil percakapan (Tun Dr Mahathir) (kalau tidak) di Bukit Aman (dan) kita (juga) ambil ditempat (yang) sesuai (dan) yang Tun (Dr Mahathir) mohon," kata beliau lagi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan bekas Perdana Menteri itu semalam mengenai dakwaan diperlakukan sebagai penjenayah kerana telah disoal siasat lebih daripada 10 kali sejak beberapa tahun lepas berikutan kenyataan dikeluarkannya.

Sebelum ini, Dr Mahathir dalam satu temu bual bersama saluran TV satelit di india dipetik mendakwa masyarakat India Malaysia masih tidak setia sepenuhnya kepada negara ini kerana masih "terikat" dengan negara asal mereka.

Kenyataan beliau mendapat reaksi dan kritikan pemimpin negara, politik serta aktivis termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar lbrahim yang mengecam kenyataan Dr Mahathir serta menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak bertanggungjawab.

Terdahulu, beliau menyaksikan upacara serah terima tugas antara Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat, yang akan bersara wajib pada 28 Januari ini, kepada Ketua Polis Johor yang baharu CP M Kumar. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad