web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Elak Dicekup Imigresen, Wanita Warga Asing Tekad Terjun Bangunan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2024 12:16PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Seorang wanita warga asing sanggup terjun dari tingkat dua sebuah bangunan bagi mengelak dicekup anggota penguat kuasa dalam operasi Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan (JIMNS) di sekitar rumah kedai di Seremban 2 di sini, tengah malam tadi.

Pengarah JIMNS, Kennith Tan Ai Kiang berkata, wanita berusia 35 tahun dari Myanmar itu cedera di bahagian kepala dan difahamkan dia berada dalam keadaan mabuk sebelum bertindak sedemikian akibat cemas apabila menyedari serbuan dilakukan pihak penguat kuasa.

Beliau berkata, wanita itu adalah sebahagian daripada 110 pendatang asing tanpa izin yang ditahan dalam operasi itu kerana melakukan kesalahan tinggal lebih masa di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan, masuk tanpa suatu pas yang sah di bawah Seksyen 6(1) (c) akta sama.

"Semasa operasi dijalankan terdapat segelintir warga asing di lokasi tersebut melarikan diri dengan memanjat ke bumbung bangunan tiga tingkat tersebut serta menyorok di dalam siling rumah. Mereka ini akan di bawa ke Depot Imigresen Lenggeng untuk saringan dan siasatan lanjut.

"Kita mendapati dalam sebuah rumah dihuni tujuh hingga lapan warga asing dan setiap unit dibuat sesekat di setiap bilik, antara kesalahan dikenal pasti tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa dan lain-lain kesalahan...mereka ini bekerja dalam pelbagai sektor di sekitar sini," katanya kepada pemberita selepas Operasi Mega JIMNS di sini hari ini.

Tan berkata, seramai 314 anggota digerakkan dalam operasi itu dan telah memeriksa 628 warga asing di lokasi berkenaan.

Beliau berkata, pemeriksaan melibatkan seramai 210 lelaki Bangladesh; 42 lelaki, 13 wanita, seorang kanak-kanak perempuan (Indonesia); 79 lelaki, 26 wanita, empat kanak-kanak perempuan (Myanmar); 206 lelaki Nepal; 26 lelaki India; 13 lelaki Pakistan dan lapan lelaki Sri Lanka.

"Umur paling muda adalah bayi perempuan berusia dua minggu dan lelaki berusia 51 tahun. Hasil siasatan dan risikan hampir dua minggu mendapati pemilik rumah memberi sewa kepada warga asing ini dengan kadar RM600-RM800 bagi sebuah rumah sebulan," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

‘Geng Sojul' Seludup Migran Tumpas, 2 ‘Transporter' Ditahan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Imigresen Tahan 142 Pendatang Asing Di Kuala Pilah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Verifikasi Pekerja Asing: Hanya 65 Peratus Majikan Berbuat Demikian - JIMNS

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kesesakan Zon Motosikal Di ICQ Akibat Gangguan Sistem M-Bike - JIM

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar