web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hampir 90 Peratus Kes Sulh Berjaya Diselesaikan Pada 2023 - Mohd Na'im

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jan 2024 8:46PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk. Dr Mohd Na'im Mokhtar ketika berucap pada Majlis Apresiasi dan Penyampaian Sijil Sulh-Mediasi (USIM-JKSM) untuk Untuk Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT). - gambar JKSM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Sebanyak 10,607 kes atau 88.98 peratus daripada 11,921 kes sulh yang didaftarkan di mahkamah syariah seluruh negara tahun lepas berjaya diselesaikan secara damai.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk. Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata kejayaan penyelesaian melalui sulh amat digalakkan kerana Islam amat menganjurkan untuk menyelesaikan setiap pertikaian secara baik.

"Bayangkan daripada semua kes (sulh) yang difailkan, lebih 10,000 kes diselesaikan tanpa dibicarakan. la satu kejayaan dan tahniah kepada pegawai sulh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sijil profesional kemahiran Sulh-Mediasi (Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)-JKSM) kepada 30 anggota Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd Na'im berkata latihan kemahiran sulh perlu diperluaskan kepada semua pihak termasuk penghulu dan ketua kampung bagi membolehkan mereka mengetahui cara penyelesaian pertikaian dengan betul.

Sulh adalah suatu perundingan dan perbincangan antara pihak-pihak di hadapan seorang pegawai sulh berkaitan perkara yang dipertikaikan terhadap satu atau beberapa tuntutan dì mahkamah syariah. Sementara itu Mohd Na'im berkata beliau berpendapat satu garis panduan atau prosedur operasi standard (SOP) perlu diwujudkan untuk setiap mufti mengeluarkan pandangan atau kenyataan.

"Saya harapkan supaya ada nanti garis panduan atau SOP bagi seseorang mufti keluarkan pandangan. Terus terang saya kata kalau (kenyataan mufti) tiada kegusaran, isu tidak timbul," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas jawapan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di laman sesawangnya, baru-baru ini yang dilaporkan menasihati pekerja beragama Islam di bank konvensional agar mencari pekerjaan lain kerana institusi kewangan itu mempunyai muamalat berasaskan riba yang boleh menjurus kepada hukum haram.

Sabtu lepas, Mohd Na'im menyarankan institusi mufti untuk membawa sebarang isu yang bersifat nasional ke Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) sebelum mengeluarkan sebarang jawapan terhadap isu itu. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar