web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Terengganu Dilanda Banjir Gelombang Keempat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jan 2024 7:35PM

Gelombang keempat banjir kini sedang melanda Terengganu. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Terengganu dilanda banjir gelombang keempat, dengan Marang menjadi daerah pertama terjejas selepas hujan berterusan sejak malam tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT), sebanyak 24 mangsa daripada tujuh keluarga ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka 11 pagi tadi.

Tiga PPS yang dibuka hari ini ialah di Dewan Sivik Wakaf Tapai, Dewan Orang Ramai Bukit Parit dan Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Mengkuang.

Sementara itu, menurut laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my, semua stesen sungai di negeri ini mencatat paras normal kecuali Sungai Nerus di Kampung Langkap, Setiu dan Sungai Tumpat di Kampung Baru, Kemasik, Kemaman yang berada pada paras amaran.

Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk sehingga esok di daerah Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad