web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


3 Jawatan Utama Panel Tribunal Antigangguan Seksual Sudah Dilantik - Nancy Shukri

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jan 2024 3:24PM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Tiga anggota panel Tribunal Antigangguan Seksual kini sudah dilantik serta memulakan tugas sejak Disember lepas.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata lantikan itu melibatkan tiga jawatan utama iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha.

"Mereka yang dilantik ini (anggota panel) adalah orang yang berpengalaman serta cekap dalam mengendalikan kes gangguan seksual.

"Memandangkan bangunan pejabat masih dalam proses ubah suai, perkhidmatan perlu disegerakan dan kita (kementerian) memberikan ruang pejabat sementara di bangunan kementerian di Putrajaya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Kembali ke Sekolah di Kampung Tanjong Bako di sini, hari ini.

Nancy berkata dua anggota panel yang akan dilantik kelak adalah masing-masing dari Sabah dan Sarawak bagi memudahkan pengurusan kes di kedua-dua wilayah itu.

"Saya secara peribadi meminta seorang wakil dari Sabah dan Sarawak untuk mewakili kedua-dua negeri ini, Jabatan Peguam Negara akan memilih orang yang layak dan sesuai untuk memegang jawatan itu," katanya.

Pada 10 Oktober lepas, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meluluskan perjawatan bagi penubuhan Tribunal Antigangguan Seksual.

Penubuhan tribunal itu bertujuan untuk menyediakan platform alternatif bagi menambah baik sistem perundangan dan pengendalian aduan gangguan seksual dengan cepat, mudah dengan kos minimum. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad