web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Masalah Brek Dipercayai Punca Kemalangan Libat 5 Kenderaan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2024 8:52PM

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor @Saleh.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Masalah brek dipercayai menjadi punca sebuah lori merempuh empat buah kereta lain hingga mengakibatkan dua beranak maut dalam kemalangan di Kilometer 5.5 Jalan Banting-Dengkil pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor @Saleh berkata siasatan awal mendapati pemandu lori berusia 47 tahun itu memaklumkan kenderaan yang dipandunya mengalami masalah brek.

"Polis akan membawa lori tersebut ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) Banting di sini untuk pemeriksaan lanjut.

“Semakan mendapati pemandu lori tersebut tiada rekod saman dan jenayah, dan lelaki itu kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987," katanya dalam kenyataan hari ini.

Satu daripada kereta yang dirempuh lori berkenaan dalam kemalangan di Kilometer 5.5 Jalan Banting-Dengkil, pagi tadi. - gambar JBPM Selangor
Satu daripada kereta yang dirempuh lori berkenaan dalam kemalangan di Kilometer 5.5 Jalan Banting-Dengkil, pagi tadi. - gambar JBPM Selangor

Dalam kejadian pada kira-kira 7 pagi itu, Ahmad Ridhwan mengesahkan kedua-dua yang maut itu adalah ibu dan anak perempuan yang masing-masing berusia 43 dan 10 tahun.

Ahmad Ridhwan berkata siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila lori yang dalam perjalanan dari Banting menghala ke Dengkil itu, hilang kawalan seterusnya terbabas ke laluan bertentangan lalu melanggar empat kereta termasuk kenderaan dipandu mangsa.

"Ibu dan anak perempuan yang juga penumpang hadapan tersepit dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala penumpang belakang kereta itu mengalami kecederaan ringan," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad