web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ahli Perniagaan, 10 Yang Lain Didakwa Anggotai Geng Upik

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2024 12:55PM

Maslan Sani bersama 10 yang lain tidak membuat sebarang pengakuan sebaik pertuduhan dibacakan - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Seorang ahli perniagaan bersama 10 yang lain didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang 'Geng Upik' antara 2015 hingga tahun lepas (2023).

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan kepada ahli perniagaan Datuk Maslan Sani, 41, bersama 10 yang lain di hadapan Hakim Noor Hafizah Mohd Salim.

Tertuduh lain ialah Rahman Burijin, 44, Jaisalfian Jaineh@Zaini, 45, Mohd Fauzie Rablin, 33, Shahlan Shah Abdul Samad, 37, Nelson Yen Yee Chung, 51, Mohd Faridzul Asmahadi, 31, Fazrul Bahar, 32, Alkan Abraham, 35, Mazian Mahmud, 49 dan Mahathir Jibarail, 49.

Maslan, Shahlan dan Alkan didakwa melakukan kesalahan itu pada 2015, manakala Rahman, Jaisalfian, Mazlan, dan Mahathir pada 2018. Mohd Faridzul dan Fazrul pada 2020 sementara Mohd Fauzie pada 2022 dan Nelson pada tahun lepas.

Semua tertuduh masing-masing didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang itu di Kota Kinabalu di sini mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara lima hingga 20 tahun.

Noor Hafizah menetapkan 1 Mac ini untuk sebutan semula kes dan tiada jaminan dibenarkan ke atas semua tertuduh.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya iaitu Datuk Nazran Mohd Sham, Siti Hajah Mat Radzi, dan Nur Ainaa Ridzwan.

Peguam Muhamad Amirul Amin mewakili tertuduh Jaisalfian, manakala Sylyester Kuan mewakili Mohd Fauzie, sementara Shahlan Jufri dan Mohd Luqman Syazwan Zabidi mewakili tiga tertuduh iaitu Shahlan Shah, Mohd Faridzul dan Fazrul.

Tertuduh lain tidak diwakili peguam. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

2

Semasa 6 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

3

Semasa 6 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 12 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar